RAMAI antara kita yang menganggap produk-produk di pasaran kini boleh membantu sistem pencernaan dalam tubuh badan manusia.
Namun, tidak disangkalkan juga, ada yang mengatakan amalan mengambil produk detoks memudahkan proses ‘membuang’.
Begitupun, Pakar Dietetik, Medical Mythbuster Malaysia (M3), Nur Hafizah Sobri mempersoalkan, sejak bila detoks dikaitkan dengan senang 'membuang'?
Katanya, sebenarnya, detoks mula popular apabila ada yang mengaitkan lebih senang membuang, lebih senanglah turun berat badan.
Detoks atau detoxification adalah proses perkumuhan badan daripada bahan yang tak diperlukan oleh badan seperti perasa, pengawet, pewarna, benda asing, bakteria dan sebagainya.
Tapi…. kenapa kalau minum atau makan produk tertentu boleh lawas?
Penting untuk korang tahu, itu bukan tanda sedang detoks tau… Ia boleh disebabkan beberapa perkara ini…
1. Pengambilan serat yang berlebihan
"Masakan tidak, kisar buah itu.. kisar sayur ini… Kan secara tak langsung dah terambil fiber lebih”.
2. Kandungan dalam makanan minuman
Ada yang panggil ‘stimulating effect’ terutamanya daripada kafein yang boleh bertindak sebagai stimulan untuk korang membuang.
3. Tak tahan dengan bahan dalam produk atau makanan, minuman detoks
"Dalam ramuan dah macam macam letak dalam tu, belum lagi produk yang belum pasti kandungannya apa.
Itu dah terbukti ‘benda’ lain yang tak patut ada dalam badan korang. Jangan pandai-pandai nak cakap cleansing effect pula…
Jadi, tolonglah… Tak perlu ambil produk detoks apatah lagi ‘resipi-resipi’ detoks. Paling penting, amalkan diet yang seimbang sahaja.
Ingat, tak perlu susah-susah. Badan sihat makan pun korang enjoy kan? Produk detoks tu hanya ‘detoks’ poket korang ja tau…
Apa-apapun, tak perlu produk detoks, hargailah organ-organ korang yang bekerja 24 jam tu...
Sumber: Dietitian Fizah Sobri