Viral suami isteri berbangsa Cina bersih kubur & batu nisan, rupanya ini cerita sebenar

Iklan
Viral suami isteri berbangsa Cina bersih kubur & batu nisan, rupanya ini cerita sebenar

Viral suami isteri berbangsa Cina bersih kubur & batu nisan, rupanya ini cerita sebenar

BARU-BARU ini tular foto memaparkan sepasang suami isteri berbangsa Cina menziarahi sebuah pusara.

Iklan
Iklan

Kelihatan kubur dan batu nisan yang diziarahinya sangat bersih.

Rupa-rupanya, pasangan warga emas itu menziarahi pusara anak mereka yang meninggal dunia empat tahun lalu akibat kanser otak.

Iklan

Biarpun sudah berlainan agama, namun ia tidak menjadi penghalang buat pasangan berkenaan untuk terus menyayangi anak mereka, meskipun anak itu telah pulang menemui Ilahi.

Kejadian yang berlaku di Sarawak itu diceritakan oleh seorang pengendali laman sosial dengan nama Joy MamaNunai ketika dia menziarahi kubur ibu dan bapanya pada Ahad lalu.

Iklan

"Pagi tadi sewaktu kami menziarahi kubur bapa dan mak, terjumpa sepasang suami isteri berbangsa Cina menziarahi salah satu kubur di sana. Mungkin usia mereka dalam 70-an.

"Beberapa meter sahaja dari kubur bapa dan mak, jelas apa yang mereka lakukan. Mereka bersihkan kawasan kubur dan batu nisan. Dicuci segala kekotoran yang ada dengan air mineral yang dibawa.

Baca juga Kaum Cina jarang ‘renovation’ rumah supaya nampak mewah, ini sebabnya

[caption id="attachment_89178" width="800"] Kredit foto: Stockvault[/caption]

"Selepas itu pasangan tersebut seolah bertafakur. Bila selesai mereka memandang ke arah kami dengan senyuman," ceritanya.

Tambah wanita berkenaan, anak pasangan itu memasuki Islam selepas berkahwin dengan seorang wanita Melayu dan mereka sering menziarahi pusara sekiranya berkelapangan.

"Demi kasih ayah dan ibu pada anak walau anaknya sudah berpindah agama, tetapi kasih mereka tiada berpenghujung.

Baca juga Rancang keluarga sudut pandangan lelaki Cina, tanggungjawab mesti seiring dengan rezeki

"Satu pengajaran pada kami hari ini. Kasih pada anak tanpa syarat. Al-Fatihah buat arwah anak pasangan Cina itu," kongsinya.

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai yang mengakui turut tersentuh dengan kasih sayang tidak berbelah bahagi yang ditunjukkan pasangan suami isteri tersebut.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!