Bukan lagi seperti 'summer camp', PLKN diteruskan di kem ATM & PDRM. 6 info berkaitan

Iklan
PLKN diteruskan, pelatih ditempatkan di kem tentera. 5 info berkaitan

Bukan lagi seperti 'summer camp', PLKN diteruskan di kem ATM & PDRM. 6 info berkaitan

PROGRAM Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimansuhkan pada tahun 2018 lalu akan dilaksanakan semula.

Iklan
Iklan

Ia selepas kerajaan setuju untuk meneruskan ‘PLKN 3.0’ dengan kaedah latihan berbeza berbanding sebelumnya, di mana anak muda akan menjalani latihan di kem tentera.

Memetik laporan tempatan, menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, berikut periciannya;

Iklan

1. Sebanyak 13 kem tentera Wataniah akan digunakan untuk latihan selama tempoh 45 hari, dengan kapasitinya menampung seramai 20,000 pelatih.

2. Kerajaan sudah memikirkan semula untuk meneruskan PLKN dan mengkaji semula cara baru dalam memperhalusi pelaksanaannya kerana PLKN amat baik untuk diberikan asas ketatanegaraan kepada belia-belia negara.

Iklan

3. Jemaah Menteri pada 2021 sudah pun meluluskan supaya ia dikaji semula dengan cara baharu untuk kita meneruskan PLKN. Akan terapkan latihan asas ketenteraan sebanyak 90% dan modul kenegaraan sebanyak 10%, bukan seperti summer camp sebelum-sebelum ini.

Baca juga 10 fakta menarik Muhammad Azeem, akhiri penantian 41 tahun negara, kini dinobat ketiga terbaik Asia

[caption id="attachment_126210" width="800"] Kredit foto: Internet[/caption]

4. Satu jawatankuasa khas ditubuhkan Kementerian Pertahanan (MINDEF) untuk mengkaji bagaimana cara hidupkan semula PLKN, tetapi dengan ‘template‘ (acuan) baharu yang mana PLKN dulu dilakukan di banyak kem.

5. PLKN kali ini akan lebih jimat, tidak berbelanja banyak, tetapi ia lebih memberikan pulangan baik kepada modal insan. Diwajibkan untuk remaja lepasan SPM atau berumur 17 tahun.

6. Lokasi dicadangkan adalah di kem-kem latihan milik kerajaan seperti 13 kem Wataniah Angakatan Tentera Malaysia (ATM) dan kem latihan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini. Ujarnya juga, penambahan khidmat jurulatih dalam kalangan veteran tentera juga dialu-alukan.

INFO

1. PLKN ialah sebuah kursus latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan persekutuan Malaysia.

2. Ia mula digagaskan pada 2002 dengan pembentukan Jabatan Latihan Khidmat Negara dan memulakan program pada 2004.

Baca juga Sakit jantung: Orang muda tidak terkecuali

[caption id="attachment_126211" width="800"] Kredit foto: Internet[/caption]

3. Pelaksanaannya pernah ditangguhkan pada 2015 dan diperkenalkan semula pada 2016, dengan anggaran pelaksanaan penuh pada 2019.

4. Walau bagaimanapun, program ini telah dimansuhkan pada 2018 apabila kerajaan persekutuan diambil alih oleh Pakatan Harapan.

5. PLKN dilaksanakan bagi mencapai objektif yang telah digariskan seperti berikut;

  • Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda.
  • Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.
  • Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.
  • Menyemarakkan semangat kesukarelaan.
  • Melahirkan generasi muda yang lebih cergas,cerdas dan penuh keyakinan diri.

Bersedia anak-anak remaja ibu-ibu ya!

Sumber: Kementerian Pertahanan Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!