4 restoran next level sediakan menu Thai yang gerenti sedap. Pasti datang berkali-kali

Iklan
masakan thai

MASAKAN Thai memang dekat dengan selera orang Malaysia.

Pelbagai aneka makanan yang mengiurkan dan murah menjadikan negara yang terletak di sempadan Perak, Kedah, Perlis dan Kelantan itu sentiasa dicari ramai.

Iklan
Iklan

Selain tomyam, hidangan seperti somtam, daging harimau menangis, miang kham dan aiskrim kelapa paling diminati.

Disebabkan terlalu banyak lambakan kedai makan Siam, beberapa premis mengambil inisiatif dengan mempelbagaikan menu termasuk dekorasi yang memukau.

Iklan

Terbaharu, Rumah Makan yang terletak di Perlis menjadi pilihan ramai lantaran hidangan dan lokasinya yang terletak di tepi sawah.

Antara masakan yang menunggu untuk orang ramai pesan di sana ialah Laksa Legend Kuala Perlis, Bakso Ori Medan dan Nasi Lemak Bawal King.

Iklan

Selain itu, cendol durian D24 dan Musang King juga menambat selera lebih-lebih lagi kalau kita memang tengah lapar.

 

Tak cukup dengan itu, cendol pulut hitam, cendol tapai dan cendul aiskrim pun ada.

Selain Rumah Makan, terdapat tiga lagi destinasi makan-makan yang menyediakan menu ala Siam yang boleh disinggahi.

Admin yakin anda pasti berpuas hati. Berikut informasinya:

Rumah Makan

Alamat: Lot 1170 Kampung Paya, Jalan Kaki Bukit, Kangar, Perlis

Waktu operasi: 8.30 pagi hingga 5.30 petang

Menu signatur: Laksa Legend Kuala Perlis, Bakso Ori Medan, Nasi Lemak Bawal King dan aneka cendol

Facebook: Rumah Makan

Instagram: @o_rumahmakan_o

Niase Street Food

Alamat: Ipoh Night Market, Jalan Sultan Azlan Shah Utara, Ipoh, Perak

Waktu operasi: 5 petang hingga 11 malam

Menu signatur: Bangkok Tomyum Goong Nam Kon

Facebook: Niase

Instagram: niaseofficial

Baca juga Mudahnya buat daging masak merah macam kedai Thailand ni, ibu wajib cuba

SIAM

Alamat: Lot 352, Jalan Hamzah, Kota Bharu, Kelantan

Waktu operasi: 3 petang hingga 12 malam

Menu signatur: Pancake banana nutella, kerabu kerang, phad thai combo

Facebook: SIAM - Restoran Ikan Bakar & Thai Street Food

Instagram: @siamrestoran

Little Rara Thai Noodle House

Alamat: 333, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, Kuala Lumpur

Waktu operasi: 3.30 petang hingga 10 malam

Menu signatur: Thai noodle, tomyum dan daging bakar ori.

Facebook: Little Rara Thai Noodle House

Instagram: @littlerara_thainoodle

Baca juga Cara buat telur dadar Thai viral versi gebu dan pasti jadi. Pasti berbaloi!

Tidak hanya dibuka untuk sarapan pagi, terdapat kedai makan yang disenaraikan di atas juga dibuka hingga lewat malam.

Little Rara admin dah pernah cuba. Sajian yang disediakan memang power. Harga? Tidak terlalu mahal, pasti anda puas hati.

Paling best pastilah tomyamnya.

Okey! Selamat mencuba.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang