RATU Rock Negara, Ella, menyifatkan keterbukaan hati beliau menerima tawaran menjadi duta jenama busana Muslimah tanpa gosok, Sabella bukan kerana bayaran, sebaliknya lebih kepada misi tanggungjawab sosial peribadi.
Menurut Ella atau nama sebenarnya, Nor Zila Aminuddin, 53, keputusan tersebut dicapai susulan melihat kejayaan label berkenaan yang mengorak langkah dalam industri pakaian tempatan sejak empat tahun lalu.
"Saya amat mengagumi usaha dan komitmen, Mohd Sufian Sulaiman (Ketua Pegawai Eksekutif Sabella) dan isteri, Siti Fatimah Abd Samat (Pengasas Sabella) yang berjaya melebarkan nama Sabella dari bawah.
"Bayangkan, tanpa menggunakan pengaruh selebriti jenama (Sabella) ini mampu mencipta fenomena tersendiri termasuk membantu golongan wanita menjana pendapatan menerusi ejen dan dropship," katanya pada Majlis pelancaran Sabella x Ella di Kuala Lumpur semalam.
[caption id="attachment_3159" width="1024"] DARI kiri: Mohd Sufian, Ella dan Siti Fatimah pada Majlis Pelancaran Sabella x Ella di Kuala Lumpur semalam.[/caption]
Sehubungan itu, bicara pelantun lagu, Layar Impian itu beliau memberikan sokongan penuh pada matlamat bisnes berkenaan cenderung membantu masyarakat menyertai bidang perniagaan.
Pada masa sama, proaktif menawarkan koleksi fesyen Muslimah variasi warna, rekaan, corak dan material berkualiti sesuai dengan cuaca di Malaysia.
"Penglibatan saya sebagai duta umpama dakwah kecil yang secara tidak langsung mengalakkan wanita berpakaian menutup aurat, sekali gus mengangkat jenama lokal ke peringkat yang lebih membanggakan.
"Lagipun, nama Sabella ini menyuntik simbolik tersendiri yang mana hujung perkataannya tertera 'Ella'. Jika sebelum ini tular tagline, 'Sabella Baju Viral Tanpa Gosok', maka kini ingat Sabella.....jangan lupa mimpi Ella okey (ketawa)," ujarnya yang berseloroh.
Jenama Sabella yang diasaskan pada tahun 2016 adalah ilham daripada nama Faiqa Salsabila iaitu anak kedua, Mohd Sufian dan Siti Fatimah.
[caption id="attachment_3160" width="1024"] KOLEKSI busana Sabella hadir dalam pelbagai rekaan. potongan, warna dan corak. Foto: Instagram @sabella.exclusive[/caption]