Alhamdulillah, kadar maksimum Sumbangan Tunai Rahmah (STR) naik RM3,700, bayaran pertama Februari, 10 info perlu tahu

Iklan
Alhamdulillah, kadar maksimum Sumbangan Tunai Rakyat (STR) naik RM3,700, bayaran pertama sebelum puasa, 7 info perlu tahu1

SUMBANGAN Tunai Rahmah (STR) adalah salah satu inisiatif kerajaan di bawah konsep Payung Rahmah.

Ia disalurkan bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Iklan
Iklan

Menerusi Belanjawan 2024, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beberapa penambahbaikan STR selepas mendengar keluhan majoriti rakyat yang mendepani cabaran kos sara hidup dan kenaikan harga barangan.

"Isu ini sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.

Iklan

"Hikmah penyasaran semula subsidi, membolehkan kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR)," katanya.

Baca juga: Cara mohon, kemas kini maklumat Sumbangan Tunai Rahmah (STR), 15 info penting wanita perlu tahu

Iklan

Berikut 10 info penting berkaitan:

1-Pemberian STR akan memanfaat 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia.

2-Peruntukan STR meningkat sebanyak 2 bilion ringgit atau 25 peratus iaitu daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion.

3-Kadar maksimum STR juga meningkat daripada RM3,100 kepada RM3,700.

4-Kadar minimum STR iaitu untuk golongan belia juga meningkat daripada RM350 kepada RM500.

5-Bayaran pertama STR untuk isi rumah biasanya maksimum RM300.

6-Untuk STR 2024, bayaran pertama STR dinaikkan kepada RM500.

7-Ia insya-ALLAH akan disalurkan pada Februari iaitu sebelum Ramadan tahun hadapan.

8-Permohonan baharu STR 2024 akan dibuka seawal November.

9-Permohonan STR akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

10-Kerajaan juga memutuskan untuk meluaskan manfaat Sumbangan Asas Rahmah

(SARA) kepada 700 ribu penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk

tempoh 12 bulan.

Baca juga: Kos sara hidup makin tinggi, ini luahan orang ramai tentang cara mereka berjimat

Kredit foto utama: Freepik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!