10 peringatan buat ibu ayah bila ada anak perempuan! Ngerinya, 6 remaja lelaki rogol bergilir-gilir gadis 14 tahun
IBU ayah yang ada anak perempuan jangan ambil mudah, jangan buat tak endah. Tanggungjawabnya berat dan tugasnya amat besar.
Risau, takut, gerun semuanya ada bila mempunyai anak gadis yang sedang membesar. Mana tidaknya macam-macam boleh berlaku.
Seperti yang terjadi di Teluk Intan baru-baru ini, gadis berusia 14 tahun dirogol secara bergilir-gilir oleh enam remaja lelaki!
Menurut Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, lima daripada remaja tersebut merupakan pelajar dari sekolah sama dengan mangsa, manakala seorang lagi sudah berhenti sekolah.
KRONOLOGI KEJADIAN
- Kata Ahmad Adnan, pihaknya menerima aduan berhubung kejadian tersebut daripada ibu mangsa pada Selasa lalu, jam 8.30 malam.
- Kejadian itu telah dimaklumkan oleh pihak sekolah kepada ibu mangsa sebelum laporan polis dibuat. Kejadian dipercayai berlaku pada 24 September lalu pada jam kira-kira 2.30 pagi di sebuah rumah sekitar Hutan Melintang.
- Mangsa yang berusia 14 tahun telah dijemput oleh seorang rakan sekolah yang dikenali dan dibawa ke rumah tersebut. Semasa tiba di tempat kejadian, terdapat beberapa orang lelaki yang dikenali sedang berehat di rumah tersebut.
Baca juga Kejam! Wanita sedang tidur diperkosa 5 rakan abang ipar, rakam perbuatan. 9 info berkaitan
4. Mangsa kemudiannya diajak melakukan hubungan seks secara bergilir-gilir oleh lima lelaki warga tempatan berusia antara 15 hingga 17 tahun, kecuali yang membawa mangsa datang ke rumah tersebut.
5. Ahmad Adnan berkata, bertindak atas maklumat tersebut, pada Rabu, 18 Oktober, pihak polis telah menangkap enam suspek. Kesemua suspek telah direman selama tiga hari bermula 18 hingga 20 Oktober.
6. Pun begitu, memandangkan mangsa masih di bawah umur, pihak polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 375b Kanun Keseksaan iaitu rogol berkumpulan.
7. Siasatan ke atas kes ini dianggap selesai oleh pihak polis. Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.
Baca juga Jaguh di trek, Azizulhasni bapa penyayang, layan 3 anak perempuan sama rata, tiada favourite
[caption id="attachment_127095" width="800"] Kredit foto: Generate by Midjourney[/caption]
IBU AYAH, INGATLAH, BILA ADA ANAK PEREMPUAN;
1. Anak perempuan jangan dibeli pakaian seksi seksi, bukanlah mahu diajar anak bertudung litup, tapi cukup mengajar anak berpakaian sopan. Tidak terdedah sana sini, tidak ketat menonjol.
2. Ajarkan mereka erti malu, ajar pakai yang sopan sopan. Besederhana menikmati zaman kanak kanak.
3. Tak boleh dibiar tidur sana sini. Harus diajar tidur setempat di dalam bilik, bahayanya ada di mana mana, jangan percaya kepada sesiapa.
4. Ajarkan mereka sentuhan selamat dan tidak selamat. Jangan biarkan anak berseorangan, sentiasa temani mereka. Biar kita susah hari ini, dari menangis dikemudian hari.
5. Ajarkan mereka tentang harga diri, ajar mereka untuk sayang diri sendiri
kerana diri mereka sangat berharga.
6. Terangkan kepada mereka tentang haid dan kehamilan bila mereka sudah baligh. Usah malu untuk memberi ilmu, bimbang mereka cari di tempat salah.
7. Pilihlah rakan untuk mereka, kenali juga siapa kawan mereka. Rakan yang baik menjadi penguat, rakan yang nakal menjadi pemusnah.
8. Selalulah diperiksa handphone mereka, apa yang dikongsi, apa yang ditulis, ambil tahu!
9. Bila tiba saat lepaskan mereka, hidup berjauhan, sentiasa ingatkan mereka
jagalah diri baik baik, jagalah maruah diri dan maruah keluarga. Biarlah orang kata kita kolot, biarlah orang kata kita syadid.
10. Berdoalah. Mohon dijaga kehormatan diri mereka, mohon dijaga keselamatan mereka. Moga-moga ALLAH jaga dan lindung setiap masa.
Sumber: Puan Farhan
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!