SOSEJ merupakan snek yang sangat digemari pelbagai peringkat umur, terutamanya kanak-kanak. Sekiranya, anak-anak anda salah seorang daripadanya, apa kata mama dan papa belajar buat sosej homemade di rumah.
Resipi sosej homemade yang dikongsikan Norhidayah Mohd Aripin ini lebih terjamin kebersihan dan kandungan bahannya.
SOSEJ AYAM HOMEMADE
Bahan-bahan
4 ketul isi ayam
2 sudu kecil serbuk bawang putih
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 -2 ulas bawang merah
2 batang lobak merah
1 batang saderi
2 sudu kecil mushroom seasoning
1 tin cendawan butang
Mixed shredded cheese (jika suka)
3 sudu besar mentega yang dicairkan
Garam secukupnya
Cara penyediaan
1-Masukkan semua bahan kecuali cheese ke dalam pengisar.
2-Apabila semua bahan hancur baru tambah cheese.
3-Masukkan ke dalam piping bag dan paipkan ke dalam acuan sosej.
4-Kukus hingga masak kira-kira 10 hingga 15 minit.
5-Apabila masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum digoreng. Hendak sejuk bekukan pun boleh.
Selamat mencuba!
Baca juga: Cara buat sosej ayam homemade versi sihat, tanpa pengawet hanya 7 bahan
Baca juga: Amalan sosej untuk sarapan tidak bagus untuk kanak-kanak, ibu-ibu perlu tahu
Baca juga: Mudah rupanya buat roti nan ekspres. Hanya 5 bahan, 45 minit siap!
Baca juga: Rangup, kerinting ada tekniknya! Resipi ayam goreng ala KFC, mudah & cepat. Perapan 2 bahan
Sumber: Norhidayah Mohd Aripin
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!