Kamitetep kecil je... selalu melekap kat dinding berbahaya pada kulit, suka rosakkan fabrik

Iklan
Untitled design - 2020-06-22T180253.881

PERASAN tak 'benda' kecil yang sering melekap terutama pada dinding rumah dan dinding almari kayu?

Sekali pandang, pasti tidak akan perasan rupanya ia sejenis serangga kerana bentuknya seakan serpihan kulit pokok. Tambahan pula ia melekap setempat melainkan jika dikuis ke lantai baharulah kita perasan itu sejenis makhluk hidup.

Iklan
Iklan

Mungkin ada antara korang yang tiba-tiba muncul benjolan yang lebih besar daripada gigitan nyamuk di bahagian badan tertentu? Benjolan tidak hilang walaupun berminggu-minggu, sakit dan sangat gatal. Sekiranya diperhatikan, di bahagian tengah lebam biasanya terdapat bekas luka gigitan dalam bentuk lubang kecil sebesar jarum.

Adakah korang tahu bahawa haiwan tersebut boleh menyebabkan lebam seperti itu? Mengapa ia menyebabkan lebam yang menyakitkan dan sangat gatal?

Iklan

Haiwan itu yang menggigit dan menyebabkan gatal seperti larva sejenis rama-rama. Larva ini mempunyai cengkerang yang membentuk sarung pipih berwarna coklat. Di Indonesia serangga ini sering disebut kamitetep atau Phereoeca uterella.

Bagaimana bentuk kamitetep?

Iklan

Kamitetep adalah larva atau ulat daripada sejenis rama-rama, biasanya akan membawa cengkerang yang bersaiz seperti biji timun untuk dijadikan tempat tinggal. Kecil saja, kira-kira sebesar ulat sampah.

Kepompongnya siap untuk metamorfosis menjadi kupu-kupu. Kepompong yang dibuat oleh larva ini biasanya terdiri daripada serat sutera yang dicampurkan dengan pasir atau debu dan juga boleh berasal daripada tanah.

Kepompong berbentuk kuaci ini biasanya akan mempunyai jalan keluar dari depan dan belakang atau dua arah untuk memudahkan ulat di dalamnya masuk dan keluar. Walaupun kamitetep tidak akan keluar sepenuhnya dari kompompong, tetapi hanya sebahagian atau separuh badan yang akan keluar untuk mencari makanan.

Kamitetep adalah serangga atau hama parasit, serangga beracun kecil ini biasanya akan memakan fabrik kain dan jaring labah-labah kecil. Padanlah selalunya ia juga suka melekap pada sarang labah-labah!

Haiwan ini biasanya tinggal di tempat yang tersembunyi tetapi mempunyai suhu yang hangat seperti di bawah katil atau sofa, kerana haiwan ini juga akan makan di atas kain yang terdapat di sekitarnya.

Oleh itu, korang mesti membersihkan kawasan-kawasan ini dengan tekun jika tidak mahu terkena sengatan ini.

Tubuh kamitetep setelah menjadi rama-rama akan mempunyai sayap yang panjangnya sekitar 13 mm. Perkara yang sangat mengagumkan dan mengerikan adalah, rama-rama dari kamitetep masih dapat bertelur sebanyak 200 biji dalam satu putaran telurnya. Telur akan disembunyikan di tempat yang mereka anggap selamat sehingga boleh menetas!

Beracun

Semasa menyengat atau menggigit, biasanya kamitetep akan meninggalkan bulu di tempat yang disengat. Bulu itu yang akan menyebabkan lebam dan bengkak dengan rasa sakit dan gatal yang teruk.

Bengkak dan lebam yang disebabkan oleh sengatan serangga biasanya akan berlangsung selama beberapa hari bahkan lebih dari satu minggu kemudian akan menjadi hitam jika dibiarkan.

Luka digigit kamitetep boleh dirawat dengan mengoleskan balsem atau juga boleh menggunakan ubat gatal. Tetapi biasanya gatal akan terasa lagi setelah kesan balsem hilang.

Terdapat cara tradisional yang cukup berkesan untuk merawat gatal setelah digigit serangga beracun ini dengan meletakkan pita atau pelekat pada benjolan daripada bekas gigitan kamitetep.

Setelah pita diletakkan di bahagian benjolan, tarik secepat mungkin sehingga bulu penyengat haiwan akan dikeluarkan oleh pita tersebut. Selain itu, korang juga boleh menggunakan kapas yang sebelumnya telah direndam dalam minyak tanah atau juga menggunakan kapur barus yang dicampurkan dengan air dan kemudian digunakan pada bekas gigitan kamitetep, menurut perkongsian pestcontroljakarta.com

Cara membasmi kamitetep disarankan dengan bantuan pihak pest control kerana haiwan ini suka bersembunyi sehingga akan sulit 'menangkap' dan menghapuskannya.

Kredit: pestcontroljakarta.com/