'Alhamdulillah, saya selamat', kereta milik pelakon Erysha Emyra tiba-tiba terbakar
KERETA milik pelakon baharu, Erysha Emyra terbakar di tepi jalan dalam satu kejadian semalam.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Erysha yang juga merupakan anak kepada pelakon Datin Seri Noniswara Baharudin memaklumkan kejadian cemas itu berlaku ketika dia dalam perjalanan ke tempat kerja.
"Satu kejadian trauma berlaku ketika saya nak pergi kerja. Alhamdulillah, saya selamat," tulisnya.
Tambah pelakon berusia 23 tahun itu lagi, meskipun berada dalam keadaan panik ketika itu tetapi dia bersyukur berjaya menyelamatkan diri.
Namun, kereta jenis Mini Cooper miliknya tidak dapat diselamatkan.
Baca juga SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!