Dessert strawberi viral jadi tarikan, ini lima destinasi wajib singgah kalau staycation di Cameron Highlands

Iklan
dessert strawberi cameron highlands

KALAU plan jalan-jalan di Cameron Highlands, Pahang, memang tak sah kalau tak singgah destinasi makan-makan viral di sana.

Sekarang, sudah banyak tempat menarik yang boleh kalian kunjungi dan pada masa sama, mengisi perut dengan menu unik lagi istimewa.

Iklan
Iklan

Sudah pasti, masakan berasaskan buah signatur iaitu strawberi menjadi buruan pengunjung yang datang tak kira lokal mahupun luar negara.

Dalam banyak-banyak perkongsian di media sosial, post milik Nazatulhizam Mohammad paling menarik perhatian.

Iklan

Mana tidaknya, aneka dessert mengiurkan dijual di Ori Cake House yang terletak di Kea Farm, Brinchang membuatkan sesiapa saja terliur.

Iklan

Nazatulhizam berkata, kedai tersebut antara tempat wajib singgah jika berkunjung ke tanah tinggi tersebut.

"Boleh dapatkan cream cheese cake yang semuanya fresh hand made dan dijamin halal 100 peratus.

 

"Kek cheese ada empat perisa iaitu strawberi, vanila dan tiramisu. Paling hangat sudah pastinya strawberi,” katanya yang turut memberitahu popsciles yang dijual wajib dicuba sebelum pulang.

Lokasi kedai yang strategik iaitu berhadapan dengan The Sheep Sanctuary pasti akan membuatkan ramai tertarik untuk singgah selepas bermain dengan kambing gebus.

Selain Ori Cake House yang menjadi sebutan, banyak lagi lokasi santapan yang menjadi pilihan ramai di sana.

Antara empat lokasi yang disarankan seperti berikut:

1. Big Red Strawberry Farm

Alamat: Brinchang, Cameron Highlands, Pahang

Waktu operasi: 8.30 pagi hingga 6 petang

Menu signatur: Strawberry milk shake dan strawberry cheese cake

Instagram: @bigredstrawberry

2. The Lord’s Cafe

Alamat: Jalan Besar, Tanah Rata, Pahang

Waktu operasi: 10 pagi hingga 5 petang

Menu signatur: Cream scone, strawberry fruity scone dan teh strawberi

Foto kredit Instagram @hipsjer & @sanaka.shida

Baca juga Sambal strawberi ikan masin talang resipi Salina memang wow! Cara mudah, gula kabung antara ramuan penting

3. Mr. Aisu

Alamat: No. 5, Gerai Berhampiran Pasar, Brinchang, Pahang

Waktu operasi: 9 pagi hingga 6.30 petang

Menu signatur: Waffle aiskrim strawberi dan aiskrim home made

Facebook: MR. AISU

Instagram: @mraisu

Baca juga Macam-macam boleh buat di Cameron Highlands selama 2 hari. Port nombor 3 memang orang selalu serbu

4. Naux Pastry

Alamat: C-G-78 Jalan Camellia, Tanah Rata, Pahang

Waktu operasi: 10 pagi hingga 8 malam

Menu signatur: Strawberry macaron dan Green Tea Opera Cake

Facebook: Naux Pastry

Instagram: @nauxpastry

Kalau lihat semua foto yang dikongsikan, memang membuatkan orang tak sabar untuk singgah jalan-jalan cari makan di Cameron Highlands.

Padanlah hujung minggu jer mesti laluan ke sana tak kira pergi mahupun balik comfirm sesak.

Baca juga 10 tempat menarik wajib singgah Cameron Highland tahun 2022, ada yang masuk percuma!

Apa pun, bagi mereka yang sanggup redah dan terjah, semua kepenatan itu terubat apabila dapat menikmati hidangan yang dihajatkan.

Satu lagi, kalaulah tiba-tiba niat nak ke sana, pantau juga ya jadual cuaca. Kalau hujan, jalan licin dan sesak. Memang kena lebih hati-hati.

Okey! Sila rancang betul-betul percutian anda.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang