PANDEMIK koronavirus nampaknya masih berlarutan. Seperti kata Menteri Kesihatan, Datuk Sri Dr Adham Baba, kita tiada pilihan selain terpaksa hidup bersama virus Covid-19 ini.
Meskipun salun potong rambut sudah mula dibuka selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), nampaknya ramai yang masih was-was nak jejakkan kaki ke premis-premis yang biasa dikunjungi.
Bukan apa, masing-masing masih ambil langkah berjaga-jaga untuk ke tempat-tempat awam.
Kalau meninjau ke laman sosial seperti Instagram misalnya, ibu bapa rata-ratanya memuat naik gambar menggunting rambut ahli keluarga sendiri.
Kata mereka, mereka mahu ambil langkah selamat. Bapa gunting rambut anak, suami pula cuba tunjuk skil potong rambut suami dan begitulah sebaliknya.
Hah, kepada yang nak cuba 'kerat' rambut anak, isteri atau anak saudara, SinarPlus kongsi beberapa tip berguna untuk dipraktikkan. Mungkin tip-tip berkenaan boleh jadikan anda tukang gunting profesional. Mana tahukan?
1. Sediakan alatan menggunting rambut
Alatan seperti gunting, sikat dan lain-lain boleh didapati secara mudah di platform e-dagang seperti Lazada atau Shopee. Klik sahaja kata kunci 'hair scissors', maka, banyaklah tawaran pelbagai jenis gunting yang dipakejkan bersama dengan alatan-alatan lain.
Seperkara, pastikan gunting tersebut tajam dan yang paling penting, sila sterilkan dulu semua peralatan sebelum kerja-kerja menggunting dilakukan.
2. Pastikan rambut kering dulu
Okey, ini biasanya dilakukan oleh tukang gunting rambut profesional. Mereka lazimnya akan spraykan sahaja bahagian-bahagian tertentu pada rambut dengan air.
Jika rambut basah sepenuhnya, ia akan menyukarkan kerja-kerja menggunting.
3. Rajin-rajin tengok Youtube
Untuk mendapatkan idea bagaimana paten rambut yang sesuai digayakan oleh anak-anak, isteri, suami atau sanak-saudara, buka saluran Youtube.
Guna kata kunci 'hair style', 'hair cut' atau 'how to cut girls/boys hair'. Di situ, terdapat banyak video berguna yang boleh membantu anda.
Jangan hentam-keromo sahaja masa menggunting, nanti menangis budak tu...
4. Jangan gunting rambut ikut perasaan
Okey, ni tip paling penting. Ketika mula-mula nak potong rambut jangan terlalu fancy sangat seperti yang dilakukan oleh tukang gunting rambut profesional. Bukan apa, kalau terlalu nak ikut gaya rambut yang diinginkan seperti yang dilihat dalam gambar, nanti jadi lain pula.
Sila hari bulan, daripada nak alter sikit-skit, kena potong rambut terus jadi pendek gara-gara salah potong gunting. Aniaya tu!
5. Geng rambut kerinting
Approach untuk si rambut kerinting lain sikit. Kena lembapkan rambut dulu kerana rambut kerinting akan jadi lebih pendek bila kering. Kena tahu berapa inci rambut yang hendak dipotong sebelum kerja-kerja menggunting dimulakan.
Boleh juga buat beberapa section kanan dan kiri yang dibahagikan sama rata agar rambut nampak sekata.