Cara mudah resipi Pulut Durian Asli Selatan Thai!

Iklan
Cara mudah resipi Pulut Durian Asli Selatan Thai! Cara mudah resipi Pulut Durian Asli Selatan Thai!
Cara mudah resipi Pulut Durian Asli Selatan Thai!

KALAU korang nak tahu, Pulut Durian begitu sinonim sebagai salah satu menu manisan istimewa di negara Thailand.

Keenakan rasanya yang berlemak digandingkan pula bersama manisnya durian, memberi rasa yang sukar untuk nak digambarkan.

Iklan
Iklan

Melihat sahaja menu itu terhidang di atas meja, sudah mampu membuka selera dan membuatkan penggemarnya kecur liur untuk menikmatinya. Inilah penangan hebat Pulut Durian!

Buat korang penggemar durian yang masih belum pernah mencuba menu lazat ini, sila lah cuba. Nak cerita dia punya sedap tu tak tertulis rasanya. Haha!

Iklan

Maka tidak hairanlah kini terdapat beberapa restoran menyajikan pilihan menu tersebut buat si ‘penggila durian’.

Iklan

Pun begitu, terkadang rasanya tidak sama dengan apa yang kita harapkan. Bila ini berlaku, pastinya korang kecewa bukan?

Jadi apa kata korang cuba sendiri sediakan menu hidangan ini. Tak susah pun dan bahan-bahan untuk membuatnya juga tak banyak serta mudah untuk disediakan.

Jom SinarPlus kongsikal resepi Pulut Durian asli dari Selatan Thai hasil perkongsian Zalina Yahaya di laman Facebook miliknya.

Pulut Durian (Resepi asli Selatan Thai)

Bahan-bahan :

500 gm pulut

Cara Penyediaan

  1. Rendam sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman. Cari pulut yang berkualiti tinggi. Terbaik ialah pulut susu.
  2. Dah rendam, basuh dan tapis. Masukkan ke dalam pengukus. Cucukkan dengan jari kat lubang pengukus supaya wap keluar.
  3. Sementara tu didihkan air kukusan. Letakkan daun pandan untuk bagi wangi pulut.
  4. Kukus guna api kuat anggaran 30 hingga 45 minit
  5. Selepas 30 minit kalau pulut masih keras, renjiskan dengan 3/4 cawan air atas pulut. Sambung kukus.
  6. Selepas pulut masak, masa tengah panas-panas berasap pindahkan ke dalam mangkuk besar dan terus tuang campuran santan (250 santan segar, pekat 5 gm garam & 15 gm gula

 TIP

Ok masa mencampurkan santan dan pulut ni janganlah dituang sekali gus. Tuang sikit demi sikit. Buat dalam anggaran 6 kali tuangan. Setiap kali tuang, kacau. Barulah pulut cantik.

  1. Lepas tu harap bersabar. Jangan makan lagi. Tutup dan biar sekurang kurangnya setengah jam. Tak perlu kukus balik. Tetapi ada yang kukus balik. Terpulang pada anda.
  2. Untuk mengisi masa lapang tu pergi lah kupas durian. Nak lagi menyangkut teruk, guna buah durian yang premium kualiti seperti Musang King, Udang Merah, D24 atau seumpama dengannya.

Cara buat kuah santan ni senang sahaja.

  • 250 gm santan segar pekat
  • 250 gm air
  • 5 gm garam
  • 15 gm gula
  • 25 gm tepung beras

Campur semua sekali, didihkan. Siap. Sedia untuk dihidang! Selamat mencuba!!