Geng RTM pakai baju sekolah sampaikan berita

Iklan
Geng bilik berita RTM pakai baju sekolah sampaikan berita

LUAR daripada kebiasaan! Seperti diketahui umum, selepas hampir tiga bulan sekolah diarahkan tutup dalam tempoh menangani penularan pandemik Covid-19, sesi persekolahan berperingkat dimulakan semula hari ini.

Rata-rata reaksi pelajar sesi persekolahan hari ini teruja dan bersemangat untuk kembali menyarung uniform sekolah mereka dan menjalani sesi pembelajaran seperti biasa.

Iklan
Iklan

Namun, di sebalik keghairahan mereka, luar daripada kebiasan pula berlaku oleh barisan media di balai berita dan pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang mana mereka juga dilihat menyarung uniform sekolah ketika menyampaikan berita sepanjang hari ini.

Seperti apa yang dikongsikan di laman sosial Facebook, Awang Suffian Awang Hussin memuat naik beberapa foto gambar pembaca berita yang memakai lengkap uniform sekolah seperti perkongsian beliau beberapa jam yang lalu.

Iklan

Iklan

Agaknya apa lagi kejutan yang akan dibuat sepanjang hari ini. Sama-sama kita nantikan.

Korang pergi kerja hari ni ada ke yang sarung baju sekolah juga?

Sumber : Facebook Awang Suffian Awang Hussin