'Indah perjalanan ALLAH atur', Angeline Tan & suami tunai umrah ramai titip doa

Iklan
'Indah perjalanan ALLAH atur', Angeline Tan & suami tunai umrah ramai titip doa

'Indah perjalanan ALLAH atur', Angeline Tan & suami tunai umrah ramai titip doa

PASANGAN pelakon Angeline Tan dan suami Sabri Yunus berangkat menunaikan umrah pada Ahad lalu selepas hampir tiga bulan mendirikan rumah tangga.

Iklan
Iklan

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Angeline atau nama penuhnya Ardini Angeline Tan meluahkan perasaannya setibanya di Bumi Anbia itu.

"Pagi ini (Ahad) berangkat ke Tanah Suci. Doakan kami," coretnya.

Iklan

Dalam hantaran terbaru, Angeline turut berkongsi pengalamannya menunaikan solat di Masjid Nabawi.

"Tadi solat di Masjid Nabawi, Madinah. Walaupun di sini 24 jam penuh dengan ramai orang tetapi suasana sangat bersih dan tenang.

Iklan

Baca juga ‘Abang Sabri ialah ustaz saya.’ Angeline Tan akui belum tutup aurat sepenuhnya, enggan paksa anak peluk Islam

"Ramai yang kirim doa pada Angeline. Angeline janji, Angeline akan doa dan minta dengan ALLAH yang Maha Kuasa.

"Insya-ALLAH, semoga semua sahabat sentiasa dilindungi dan akan dijemput menjadi tetamu ALLAH. Semoga ALLAH akan makbulkan semua doa dan permintaan Angeline," ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mendoakan perjalanan umrah pasangan pelakon sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu dipermudahkan dan semua ibadah mereka diterima di sisi ALLAH.

Ujar mereka;

"Masya-ALLAH tabarakallah, hebatnya perancangan dan takdir ALLAH. Suka tengok aunty Lucy dulu dan sekarang. Tenangnya..."

"Indah perjalanan ALLAH atur untuk akak Angeline."

Baca juga Keluarga Ardini Angeline Tan terbuka anak peluk Islam, terima Sabri Yunus. ‘Hari pertama jumpa dah bawa balik jantung pisang’

"Subhanallah cantik sis, semoga sis sentiasa diberi kesihatan yang baik dan bahagia till jannah bersama suami."

"You look so beautiful and lovely Aunty Ardini. Thanks for sharing with us your umrah journey. Do take care of yourself and uncle too aunty... We miss both of you so much."

"Tengok kak angeline rasa happy & tenang. Semoga dipermudahkan urusan, mendapat umrah mabrur dan dimakbulkan segala doa insya-ALLAH."

Terdahulu, pasangan tersebut selamat diijabkabulkan dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Perlis pada 14 Oktober yang lalu.

Sumber: IG Angeline Tan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!