Sinar Plus 14 Jun 2020

Iklan
sinar plus 14 jun 2020

AURA Cef Anis Nabilah Umaruddin, 33, cukup luar biasa. Umpama satu tarikan magnet, cara beliau mengendalikan program masakan sehingga secara automatik memujuk hati ramai wanita untuk memegang sudip dan kuali di dapur.

Kepetahan beliau bertutur, skil memasak, raut wajah yang anggun dan ekspresi penyampaian merupakan faktor signifikan menjadikan dirinya unik berbanding cef lain di Malaysia. Barangkali ramai yang bersetuju dengan pandangan berkenaan.

Iklan
Iklan

Seperkara, penguasaan bahasa Inggerisnya yang baik juga merupakan satu nilai tambah kepada dirinya untuk melangkah jauh hingga ke persada antarabangsa.

Iklan

Pendek kata, jolokan Dewi Kulinari kepada Cef Anis memang bertepatan, tiada keraguan.

Iklan

Ikuti perkongsian lanjut bersama wanita berdarah kacukan Pakistan itu dengan melayari E PAPER SINAR PLUS   terbitan Sinar Harian secara digital pada setiap minggu.

Pada masa sama, pelbagai kisah masyarakat dan gaya hidup turut disajikan antaranya, Hati-Hati Pengamal Diet Atkin dan Ketogenik serta Pramugara Kacak Tak Malu Jadi Penghantar Makanan.

Semuanya terdapat dalam sisipan Sinar Plus 14 Jun 2020.