'Tiada PKP.' Lebih 20,000 kes baharu, 28 kematian, KKM sedia hadapi gelombang Covid-19. 5 info ubat antiviral Paxlovid

Iklan
'Tiada PKP.' Lebih 20,000 kes baharu, 28 kematian, KKM sedia hadapi gelombang Covid-19. 5 info ubat antiviral Paxlovid (2)

SANA-sini kes baharu positif Covid-19 mencetuskan kebimbangan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 20,696 kes dengan peningkatan 62.2 peratus setakat 16 Disember lalu dengan 28 kematian.

Daripada jumlah itu, 20,077 adalah kes kategori 1 dan 2 manakala 619 lagi kategori 3, 4 dan 5. Trend kenaikan mendadak ini sangat membimbangkan apatah lagi apabila ia membabitkan kematian!

Iklan
Iklan

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang mengadakan sidang media khas berhubung perkembangan Covid-19 itu mengumumkan strategi KKM dalam menangani isu tersebut.

[caption id="attachment_131702" width="800"] Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad[/caption]

Iklan

Strategi 1: Pengesanan awal kes COVID-19 dan varian SARS-CoV-2 melalui:

• Sistem Amaran Awal (Heightened Alert System-HAS)

Iklan

• Survelan komuniti di lokasi sentinel seluruh negara iaitu survelan kes Influenza-like Illness (ILl);

• Survelan di hospital melalui survelan kes Severe Acute  Respiratory Infections (SARI); dan

• Survelan persekitaran air kumbahan dalam komuniti di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) KLIA.

Strategi 2: Anda sebagai melakukan amalan TRIIS iaitu;

• Test (Ujian): Segera lakukan ujian pengesanan Covid-19 secara kendiri sekiranya bergejala;

• Report (Lapor): Laporkan keputusan ujian kendiri secepat mungkin dalam aplikasi MySejahtera;

• Isolate (Asing): Lakukan pengasingan kendiri sekiranya positif Covid-19. Patuhi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) serta tatacara isolasi kendiri dengan melengkapkan Home Assesment Tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera;

• Inform (Maklum): Maklumkan kepada semua kontak rapat supaya mereka memantau status kesihatan kendiri dan melakukan ujian Covid-19 sekiranya bergejala; dan

• Seek (Mendapatkan rawatan): Dapatkan pemeriksaan dan rawatan segera sekiranya gejala bertambah teruk. Bagi golongan berisiko tinggi, dinasihatkan segera ke fasiliti kesihatan berhampiran walaupun bergejala ringan.

[caption id="attachment_88046" width="800"] Maklumkan kepada semua kontak rapat supaya mereka memantau status kesihatan kendiri dan melakukan ujian Covid-19 sekiranya bergejala[/caption]

Strategi 3: Pemantauan fasiliti kesihatan, pengurusan dan kawalan kes Covid-19 terutamanya untuk melindungi golongan berisiko tinggi:

• Fasiliti kesihatan KKM termasuk klinik kesihatan dan hospital telah bersedia untuk menghadapi sebarang peningkatan jumlah kedatangan dan kemasukan pesakit ke wad. KKM sedang memantau rapi kapasiti hospital melalui Bed Management Unit (BMU) dan bersedia dengan pelan strategi lonjakan kapasiti (surge capacity planning).

Ini termasuk kesiapsiagaan Perkhidmatan Hospital, yang terdiri daripada empat teras utama iaitu kecukupan akses, kelestarian rawatan, pengurusan pra hospital dan kecemasan berkaitan Covid-19.

• Agensi-agensi bukan KKM seperti Hospital Pengajar Universiti, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), agensi sektor kesihatan swasta dan agensi bukan kerajaan juga bersedia dan boleh membantu dari segi kesiap siagaan bantuan sokongan fasiliti, perkhidmatan dan rawatan pesakit.

[caption id="attachment_109922" width="800"] Kredit foto: Freepik[/caption]

• Pencegahan dan kawalan kes Covid-19 terutamanya dengan melindungi golongan berisiko tinggi adalah sangat penting dan boleh melakukan melaui saranan berikut:

- Melakukan ujian segera sekiranya bergejala dan ke fasiliti kesihatan berhampiran untuk mendapatkan rawatan antiviral (Paxlovid) bagi mereka yang memenuhi kriteria.

-Menggalakkan golongan yang berisiko tinggi mendapatkan vaksin dos primer atau pun dos penggalak; dan

-Pemakaian pelitup muka dalam golongan ini amat digalakkan terutamanya apabila berada di kawasan yang sesak, sempit dan kurang pengudaraan.

[caption id="attachment_132016" width="800"] Pakai pelitup muka terutama ketika ke tempat yang sesak dan sempit[/caption]

5 info Paxlovid

1-Ia adalah ubat antiviral yang merupakan kombinasi dua jenis ubat iaitu nirmatrelvir dan ritonavir.

2-Rawatan antiviral Paxlovid berkesan untuk pesakit Covid-19 berisiko tinggi iaitu

  • Individu berusia 60 tahun dan ke atas
  • Mempunyai daya tahan badan yang rendah
  • Mempunyai apa-apa komorbid
  • Mengalami obesiti
  • Perokok atau bekas perokok.

3-Ia diberikan kepada pesakit di atas yang mengalami gejala ringan hingga sederhana untuk mengelakkan penyakit menjadi lebih teruk.

4-Paxlovid berkesan apabila diambil dalam tempoh masa lima hari daripada hari gejala bermula.

5-Anda dinasihatkan untuk mendapatkan penilaian perubatan awal di fasiliti kesihatan berhampiran untuk menentukan kelayakan untuk mengambil Paxlovid.

Sama-samalah kita mengekang penularan Covid-19 ini di dalam komuniti dengan mengamalkan pendekatan #kitajagakita.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!