Sebelum rancang untuk bawa si bulus naik kereta, ikut 7 tip mudah ni

Iklan
Sebelum rancang untuk bawa si bulus naik kereta, ikut 7 tip mudah ni

SALAH satu masalah bagi pencinta kucing yang memiliki haiwan peliharaan tersebut di rumah adalah bila tiba musim cuti hari minggu yang mana korang ingin keluar bercuti bersama keluarga atau pulang ke kampung.

Mesti ada terfikir sama ada nak tinggalkan kucing di rumah atau hantar je dekat pet hotel? Sebenarnya ia terpulang pada setiap individu tapi korang perlu tahu bagaimana cara menguruskannya dengan betul.

Iklan
Iklan

Namun, jika korang ada merancang untuk membawa kucing menaiki kereta untuk pulang ke kampung atau mungkin ingin membawa bersiar-siar di tempat yang jauh mahupun bawa untuk berjumpa veterinary ia juga adalah satu perkara yang mencabar jika tidak dibuat dengan betul.

Oleh itu SinarPlus ingin kongsikan antara 7 tip penting sebelum membawa kucing korang menaiki kereta. Antara tip dan langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

Iklan

1. Biasakan kucing dengan kereta terlebih dahulu.

Bukan semua kucing berani nak naik kereta. Ada yang takut dan panik bila diletakkan di kusyen kereta.

Iklan

Korang digalakkan untuk duduk bersama-sama kucing korang dan beri peluang kepadanya untuk menghidu dan meneroka seluruh kereta terlebih dahulu. Beri sedikit masa untuk membuatkan si bulus berasa selesa.

2. Berbincang dengan veterinar.

Jika kucing korang masih berasa tidak selesa serta panik ketika berada di dalam kereta, rujuk terus kepada veterinar.

Mungkin kucing tersebut mempunyai motion-sickness. Veterinar akan membuat pemeriksaan dan mencadangkan beberapa rawatan yang boleh membantu menenangkan kucing orang sepanjang perjalanan.

3. Beri makanan dan minuman sebelum memulakan perjalanan.

Selepas kucing selesai makan dan minum, beri sedikit masa lagi untuk kucing korang membuang najis. Berikan sedikit sahaja kuantiti makanan jika kucing korang mengalami motion-sickness.

4. Pastikan kucing sentiasa berada di dalam carrier.

Jangan biarkan kucing korang untuk bebas bergerak di dalam kereta. Hal ini kerana dikhuatiri akan mengganggu fokus pemanduan. Mungkin ada antara sifat kucing yang suka bersembunyi dan duduk di bawah pedal kereta. Awas itu bahaya!

5. Bersedia untuk segala huru-hara.

Sentiasa sediakan tuala serta lapik khas untuk bersihkan najis mereka. Mana tahu jika kucing akorang bertindak di luar kawalan semasa membuang najis? Oops! Bawa juga plastik sampah, okay?

Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Betul tak?

6. Bawa mainan untuk kucing yang bersesuaian.

Tarik perhatian kucing korang dengan membawa beberapa mainan bersama-sama dengannya. Biarkan mereka bermain sehingga leka sepanjang perjalanan.

7. Rancang beberapa perhentian.

Rancang beberapa lokasi perhentian untuk memeriksa keadaan kucing korang dengan memberi makan dan minum serta mencuci najis jika perlu. Kebiasaannya jika perjalanan panjang yang melebihi 2 hingga 3 jam perkara ini perlu korang buat.

Apa-apa pun yang penting, pastikan korang sentiasa memandu dengan selamat. Pandu dengan tenang dan berhati-hari.

Selamat mencuba!

Sumber: Themamamiow.com