IKAN di laut, asam di darat, di dalam belanga bertemu juga. Barangkali pepatah itu sesuai untuk menggambarkan akan situasi pasangan dari dua negara ini.
Memang kalau dah jodoh takkan ke mana.
Siapa sangka, hingga kini wanita Indonesia bernama Prawindu Prima atau dipanggil Windu dan pasangannya seorang lelaki dari Korea Selatan telah berjaya melayari bahtera rumahtangga selama tujuh tahun tanpa sebarang kesulitan.
Menjadi pengikat hati pasangan itu, Windu dan Kim Alexander bersyukur dikurniakan seorang anak perempuan bernama Svetlana Alexandrovna Kim yang dikenali sebagai Sveta. Anak mereka sekarang berumur enam tahun dan akan menjejaki alam persekolahan tidak lama lagi.
Windu yang memuat naik semula gambar perkahwinannya dengan suaminya yang dikenali dengan panggilan Sasha baru-baru ini berjaya meraih perhatian warganet.
Foto beliau dan suaminya mengenakan gaun pengantin berwarna hijau gelap turut disertakan kapsyen.
"Foto nikahan yang kalau lihat kadang buat pingin (teringin) ngulang nikahan cuma buat foto aja, tak pikir-pikir lagi kenapa warnanya ijo (hijau) ya," tulis Windu di akaun Instagramnya.
Windu mengakui pada mulanya, malah hingga ke saat ini merasakan cabaran besar ketika menjalani hubungan dengan Sasha. Lebih-lebih lagi, perbezaan bahasa antara keduanya sangat besar.
Keluarga suaminya tidak dapat berbahasa Inggeris. Bahasa Korea juga jarang digunakan. Hasilnya, mereka banyak berkomunikasi dalam bahasa Rusia.
Begitupun, ia bukan penghalang antara mereka menjadi suami isteri.
"Saya mulai dari beli buku bahasa Rusia, belajar sama suami, kalau tak boleh bahasa Rusia, yang ada tak mungkin bisa ngajak ngobrol (bercakap dengan) mertua," kata Windu.
Pada mulanya, Windu tidak menolak agak gusar bertemu dengan ibu bapa Sasha, takut tidak disukai. Tetapi ternyata orang di sana tidak mengendahkan, malah terus bertanya bila mereka hendak berkahwin, antara situasi tidak dapat dilupakannya.
Bukan hanya perbezaan bahasa yang menjadi halangan. Perbezaan agama antara kedua-duanya juga mempengaruhi hubungan mereka.
Namun, setahun sebelum menikah, Kim Alexander memutuskan untuk bersyahadah. Windu mengakui, bukan kerana dirinya Sasha menjadi mualaf.
"Suami saya seorang mualaf sejak setahun sebelum kami berkahwin, bukan kerana saya tidak diajar. Itu kerana dia lebih percaya belajar sndiri katanya bacaan saya salah. Alhamdulilah dramanya selesai," kata Windu.
Windu berkata, prosesnya cukup lama sehingga Kim Alexander yakin dengannya.
Menariknya, selepas berkahwin, wanita yang juga model Muslimah ini mendakwa hampir tidak pernah bertengkar dengan suaminya ya. -haibunda.com/
Foto: @prawinduprima