Calon SPM terpaksa redah banjir untuk ke sekolah

Iklan
Calon SPM terpaksa redah banjir untuk ke sekolah

SEPERTI ramai sedia maklum, selepas hampir tiga bulan sekolah diarahkan tutup dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), diikuti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akibat penularan pandemik Covid-19, sesi persekolahan melibatkan pelajar yang mengambil peperiksaan awam dimulakan semula hari ini.

Pembukaan semula sesi persekolahan hari ini dilihat berjalan lancar dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan serta proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) normal baharu.

Iklan
Iklan

Namun, lain pula kisahnya seorang pelajar tingkatan lima Kampung Parit Pulai, Parit Sulong, Batu Phat, Johor yang masih mengharapkan agar banjir yang melanda kediamannya semenjak Sabtu lepas akan surut segera.

Seperti yang dilaporkan oleh portal media tempatan, Siti Noraini Matsuki yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penghulu Saat itu, mengakui akibat banjir, dia mengalami kesukaran untuk ke sekolah dengan terpaksa meredah banjir.

Iklan

Dia  berkata, musibah banjir terbabit merupakan ujian kedua buatnya bagi menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadualkan pada bulan Mac tahun hadapan.

"Sebelum ini sesi persekolahan saya tertangguh akibat penularan wabak Covid-19 sehingga memerlukan  saya menjalani kelas secara dalam talian.

Iklan

Kini bila sesi persekolahan dibuka pada hari ini, saya perlu mengharungi banjir untuk ke sekolah dan keluar rumah seawal pukul 6 pagi,” katanya.

Kata anak ketiga daripada enam orang adik beradik itu, dia merupakan satu-satunya ahli keluarga yang perlu ke sekolah, memandangkan bakal menghadapi peperiksaan penting iaitu SPM.

"Sebelum ini saya berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Agama (SA) Seri Tiga Serangkai, pada Sabtu sebelum pulang ke rumah malam semalam, untuk persiapan ke sekolah,” katanya.

Korang perlu ingat, di saat korang bergembira dan teruja dapat menjalani sesi persekolahan seperti kebiasaan, masih ada individu yang tidak bernasih baik mengalami kesukaran.

Jadi, patuhi SOP dan garis panduan yang telah ditetapkan serta bersyukurlah.