Ditanya soal jodoh, Fara Fauzana menangis, ‘saya takkan pilih duit, saya pilih cinta’

Iklan
F2F527DD-F337-469E-926F-6727A56F3D22

Ditanya soal jodoh, Fara Fauzana menangis, ‘saya takkan pilih duit, saya pilih cinta’

SOAL jodoh tiada siapa yang mengetahui.

Iklan
Iklan

Ketika ditanya soalan sensitif berkenaan, seseorang boleh jadi beremosi.

Bakal menginjak usia 44 tahun, penyampai radio terkenal, Fara Fauzana menitiskan air mata apabila diajukan soalan berkenaan semasa sedang bertugas di konti radio Hot FM baru-baru ini.

Iklan

Fara atau nama sebenarnya, Farah Fauzana Mohd. Fadzil tidak dapat menahan sebak apabila ditanya apakah pilihannya berkenaan cinta dan duit.

Iklan

Baca juga:‘Bagai sirih pulang ke gagang’ – Fafau kembali ke Hot FM bersama AG

Video yang dikongsikan menerusi Instagram Hot FM itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial tersebut.

Baca juga: KJ jadi DJ Hot FM, netizen teruja tak sabar nak dengar

"Perempuan yang tahu cari duit, ada duit akan pilih cinta, duit boleh dicari dan Insya-ALLAH semoga dipermudahkan utk kita semua,” kata seorang pengguna, Nurayka.

"Semoga kamu bertemu dan berjodohan dengan orang yang tepat buat kamu Farah,” komen kelipmalam77.

"Insya-ALLAH semoga Kak Farah akan memiliki cinta suatu hari nanti. Solat hajat doa biar yang hadir itu paling terbaik,” ujar Nuraryanaa pula.

Baca juga: Khairy Jamaluddin kekal bersama Hot FM

Untuk rekod, Fara pernah mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan seorang lelaki bernama Mohamed Hafiz Badiuzzaman pada Julai 2016.

Bagaimanapun, perkahwinan mereka terpaksa dibatalkan pada saat akhir.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang