'Mula tampar diri sendiri, menangis tanpa henti.' Bella Park lalui detik cemas, anak autisme tidak selesa naik flight

Iklan
Copy of Copy of gambar portal_20240205_171423_0000

PEMPENGARUH dan usahawan dikenali sebagai Bella Park berkongsikan kisah ‘cemas’ perjalanannya bersama anak autisme berusia lapan tahun yang mesra dipanggil Nenel menaiki kapal terbang ke Sabah.

Bella berkata, penerbangan tidak mengambil masa yang lama cuma hanya dua jam namun keadaan tidak boleh dijangka kerana sikap kanak-kanak istimewa berbeza berbanding mereka yang normal.

Iklan
Iklan

"Anak-anak ini lebih sensitif dengan deria rasa, cepat gayat, takut, tidak suka sempit dan duduk lama-lama di satu tempat.

"Ini pertama kali jalan jauh, Bella nak ajar dia sebab dah lapan tahun dah sekarang.

Iklan

"Mula-mula dia dalam keadaan tenang sebab bella dah bagi telefon, download kartun, pakai headphone dan berikan gula-gula. Tapi siapa sangka, dia menangis kerana gayat dan tidak selesa kerana telinga sakit,” katanya dalam rakaman video di TikTok miliknya.

Menurut wanita itu, disebabkan kesakitan tersebut, anaknya mula menangis dan menampar diri sendiri.

Iklan

Katanya, awalnya beliau menyangka semua berjalan lancar kerana anak lelakinya itu pernah menaiki kapal terbang dari Kedah ke Kuala Lumpur tetapi mungkin perjalanan tidak mengambil masa lama.

"Nasib baik semua penumpang memahami (tidak marah dengan situasi bising).

"Lepas penat menangis, nasib baik dia tidur,” katanya.

Bagaimanapun kata Bella, keadaan Nenel kembali seperti biasa selepas mendarat.

Justeru katanya, sebagai ibu bapa kepada anak istimewa, kena pandai ambil hati dan kawal situasi dengan baik.