KREATIF sungguh seni kulinari yang dipamerkan untuk pelanggan. Bukan sahaja nampak menyelerakan, beras pulut yang dibentuk anak kucing cukup mencuit hati.
Perkongsian Japan and Extra dalam Facebook menarik perhatian ramai terutamanya pencinta kucing apabila hidangan ikan untuk pelanggan diselitkan si comel itu.
Memang tidak dinafikan, masyarakat Jepun amat sukakan kelainan pada menu sajian yang dijual dan lagi rare, lagi ramai yang datang.
Fuhhh...nak makan pun rasa sayang. Bagi yang suka bergambar dengan makanan, pasti sajian ini menjadi buruan mereka!
Iklan
Nah! Lihat sahaja seni kulinari yang ditonjolkan. Tanpa sebarang kapsyen, gambar tersebut menerima 15,000 tanda suka dan lebih 44,000 dikongsi rakan Facebook.
Iklan