[VIDEO] Menjijikkan... meludah makanan dikaitkan dengan ilmu hitam?

Iklan
Untitled design (96)

TULAR sejak sehari dua lalu di media sosial video aksi seorang penjual bakso yang meludah ramuan bakso di media sosial.

Menurut mangsa yang memesan bakso tersebut yang dikenali dengan nama Hikmah, kejadian itu berlaku pada petang Isnin (22/6/2020).

Iklan
Iklan

Pada masa itu, beliau memesan bakso untuk anak kecilnya.

Beliau menyedari tindakan menjijikkan peniaga bakso tersebut apabila terlihat perbuatannya di monitor kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di beranda rumahnya.

Iklan

"Jadi lepas saya pesan bakso itu, saya tunggu abangnya (peniaga) enggak (tidak) langsung bikin. Saya masuk sekejap di rumah untuk solat Maghrib dan TV (CCTV) ini kan emang selalu nyala. Saya lihat dari TV ini kok ada yang aneh, dia kayak (seperti) meludah di mangkuknya," kata Hikmah ketika ditemui TribunJakarta.com di rumahnya semalam.

Tindakan menjijikkan itu terjadi di wilayah Meruya Selatan, Jakarta Barat.

Iklan

Difahamkan, walaupun beliau sudah mengetahui sesuatu yang pelik sedang dilakukan oleh peniaga itu, Hikmah tidak berani menegurnya. Beliau masih membayar harga bakso.

Namun begitu, setelah peniaga bakso jalanan itu bergerak pergi, makanan itu segera dibuang olehnya.

"Saya takut mau tegur, apalagi suami saya juga belum pulang. Makanya saya tetap bayar, tapi saya buang," katanya.

Hikmah mengakui bahawa ini adalah kali pertama beliau membeli bakso tersebut daripada peniaga itu. Dia juga tidak mengenali identiti peniaga.

"Saya baru sekali beli, tapi kata tetangga sih sering lewat juga kalau malam. Enggak ada yang tahu juga namanya siapa dan tinggalnya di mana," kata Hikmah.

Tak sangka viral

Terkejut dengan apa yang dikongsikannya di media sosial, Hikmah tidak menyangka bahawa video pekerja bakso meludah pada baksonya akan menjadi viral di media sosial.

Menurutnya, pada mulanya beliau hanya berkongsi rakaman video CCTV kepada sekumpulan jirannya agar lebih berhati-hati dan tidak mengalami perkara yang sama.

"Oleh itu, saya terkejut mengapa ia menjadi viral. Sebenarnya, saya hanya berkongsi pada kumpulan WhatsApp penduduk di sini supaya jiran-jirannya berhati-hati," kata Hikma.

https://www.youtube.com/watch?v=x6nDuzxC4t0

Kaitkan dengan ilmu hitam

Sementara itu, ramai warganet mengesyaki bahawa ada ilmu hitam yang sengaja digunakan, tetapi tidak sedikit yang bimbang dengan penyebaran virus korona.

Terutama dalam wabak seperti sekarang, semakin ramai orang berusaha mencari nafkah agar dapat bertahan dengan menjual makanan.

Tetapi nampaknya mulai sekarang kita mesti waspada, kongsi laporan GridFame.id.

Tidak diketahui sebab apa penjual bakso itu meludah ke dalam mangkuk.

Begitupun ramai warganet yang memberikan komen dengan mengaitkannya dengan ilmu hitam dan penyebaran virus korona.

'Perbuatan seperti ini yang membuat imej peniaga jelek ... Harap yang makan tidak mendapat virus Corona.

"Ingin menjana wang atau apa sahaja alasannya kotor,  jadi apa yang dapat daripada menjadi kaya seperti itu.

"Mungkin itu sebab mahu disuruh membeli lagi.

'Bukankah sekarang musim korona? Ia boleh merebak ... ' kata netizen.

Sumber: Tribunjakarta.com, GridFame.id