MAJLIS konvokesyen adalah hari yang paling dinanti-nantikan oleh setiap pelajar lepasan universiti selepas berjaya menamatkan pengajian.
Ditambah lagi dengan kehadiran keluarga tercinta yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan, pastinya memori indah tersebut sukar untuk dilupakan.
Ia juga adalah merupakan bukti segala hasil titik peluh mereka terbalas selama beberapa tahun menuntut pengajian di universiti.
Namun, akibat penularan pandemik Covid-19 yang berlaku di seluruh negara membuatkan kebanyakan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mengambil keputusan untuk menangguhkan majlis konvokesyen tahun ini sebagai langkah berjaga-jaga.
Sudah tentunya, penangguhan ini membuatkan para graduan yang sepatutnya menerima skrol di majlis graduasi berasa sedikit kecewa dengan situasi yang berlaku.
Contohnya, pihak pengurusan UiTM telah memperkenalkan adat istiadat konvokesyen secara temu janji sebagai salah satu langkah penyelesaian untuk mengadakan majlis tersebut.
UiTM keluarkan idea yang menarik dengan mengadakan majlis dilakukan secara temu janji serta menggunakan teknologi skrin hijau.
Graduan perlu melakukan temu janji untuk hadir ke konvokesyen pada skala mikro. Selepas menerima waktu temu janji menerusi SMS, mereka perlu ke kolej untuk mengambil gambar konvokesyen yang berlatarbelakangkan skrin hijau.
Imej ini kemudian akan dimanipulasi dengan meletakkan imej latar belakang dan bergambar bersama canselor atau naib canselor.
Selepas itu mereka dibenarkan bergambar bersama ahli keluarga untuk merakamkan memori hari yang bersejarah itu.
Majlis konvokesyen yang biasanya mengambil masa berhari-hari untuk raptai dan separuh hari lamanya untuk hari sebenar kini hanya mengambil masa 15 minit sahaja untuk selesai.
Serius la 15 minit je dapat jubah konvo ni.
Namun, rata-rata graduan UiTM mendakwa tidak begitu menyukai cadangan dengan mengambil skrol di skrin hijau berkenaan seperti apa yang dikongsikan oleh Zulfan Rahman @stilpan di laman Twitternya.
"UiTM buat konvokesyen ‘temu janji’ sebab PKP. Tolong jangan sia-siakan tiga tahun aku macam ni,” tulisnya.
Sudah tentunya, para graduan ini memiliki alasan mereka tersendiri untuk tidak menyukai cadangan konvokesyen secara temu janji ini.
Namun ada juga yang berfikiran terbuka dan menyambut baik idea majlis konvo secara skrin hijau ini.
Walau apa pun pandangan mereka, pujian harus diberikan kepada pihak UiTM kerana langkah yang diambil ini bertujuan untuk memastikan graduan masih boleh menikmati majlis konvokesyen dan dalam pada waktu yang sama mematuhi pembatasan sosial untuk mengelakkan penyebaran Covid-19.
Selagi wabak ini belum dapat ditangani, selagi itulah kita semua perlu membiasakan diri dengan norma-norma baharu yang diperkenalkan.
Jadi, apa pendapat korang?