Sederhana, elegan dengan elemen tradisi, QIERAHMAN lancar koleksi lebaran. Tengku Ratu kekal wajah kempen

Iklan
20240309_003202_0000

'TIADA elemen tradisi akan diganggu.' Demikian menurut prinsip Pengarah Kreatif QIERAHMAN, Fazrul Musa.

Sekadar makluman, QIERAHMAN adalah sebuah jenama pakaian lelaki tradisi Melayu yang berada di pasaran sejak 2016.

Iklan
Iklan

Bagi merancakkan pemintaan fesyen masa kini, label tersebut melancarkan koleksi EID 2024, yang menampilkan empat jenis koleksi iaitu ‘signature cut’, kurta moden fit, kurta Paduka oversized serta abaya untuk wanita yang pasti akan menyerlahkan gaya raya anda dan seisi keluarga Aidilfitri nanti.

Iklan

Menyuntik kelainan dengan inkejsi lebih moden, koleksi baju Melayu tampil unik dan berbaloi untuk dimiliki menerusi identiti ‘signature cut’ yang diilhamkan daripada potongan suit or blazer. Ini bagi menampakkan pemakai kelihatan lebih segak dan kemas.

Iklan

Lebih menarik lagi, ia dijahit mengikut ukuran buat mereka yang inginkan pakaian berkualiti, praktikal dengan kerja tangan yang mengagumkan, namun dengan harga yang sangat berpatutan.

Sederhana tetapi elegan adalah identiti koleksi kali ini. Ia jelas kelihatan pada siluet, pemotongan, material dan reka bentuk.

Koleksi terbaru yang dilancarkan kali itu juga diperbuat daripada material matte dull satin dan juga cotton koyobo untuk koleksi Paduka yang menawarkan kemasan laser cut yang unggul untuk setiap helaian.

Malah, koleksi baju melayu QIERAHMAN masih mengekalkan identiti mereka iaitu rekaan poket moden persis tuksedo.

Pengasas bersama serta Ketua Strategi Pemasaran, Qie Anuar pula berkata, koleksi kali ini turut menampilkan koleksi abaya untuk kaum wanita, yang terdiri daripada Amelie, Camille dan Madelyn.

Turut hadir pada majlis pelancaran ialah Tengku Ratu Haidar dan ibunya, Linda Jasmine.

Untuk rekod, anak perempuan Que Haidar itu merupakan wajah eksklusif koleksi QIERAHMAN sejak tahun 2017.

"Sokongan dan komited terhadap kerja membuatkan QIERAHMAN selesa bekerjasama dengan duo ini.

Melihat Ratu yang makin menginjak usia, jadi kami rasa sudah tiba masanya untuk kami ketengahkan Ratu sabagai wajah eksklusif kami." ujar Qie.

Lebih menarik lagi, jenama tersebut menawarkan harga sepasang baju melayu QIERAHMAN serendah RM159 berbanding tahun lepas bermula dari RM229.

Dalam majlis sama, turut dilancarkan produk terbaru dari QIERAHMAN, iaitu semburan sejadah eksklusif yang wangi dan sesuai digunakan di mana-mana saja.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!