Segarkan kembali tekak waktu berbuka dengan Air Soda Herbs. Sesuai dinikmati waktu cuaca panas begini

Iklan
ARZALIF-3 - 2024-03-21T100539.891

SEGARKAN  kembali tubuh & tekak waktu berbuka resipi padu air soda herbs. Sesuai dinikmati waktu cuaca panas begini

TUBUH lesu dan tak bermaya bukan hanya disebabkan sedang berpuasa, tetapi juga cuaca panas yang melanda.

Iklan
Iklan

Kalau waktu berbuka dapat teguk air, memang nikmat. Hilang segala rasa dahaga dan penat seharian.

Iklan

Walaupun masih lagi awal, SinarPlus nak kongsikan satu resipi air minuman yang cukup enak dan membantu memberikan kesegaran pada tubuh anda.

Bolehlah anda cuba buat sendiri petang nanti, bahan-bahan yang digunakan pun tidaklah terlalu mahal atau sukar didapati.

Iklan

Jom semak resipi dan cara membuat yang dikongsikan oleh pengguna Facebook Syikin Gillis & Nordiana Ab Kadil.

Masing-masing memuat nak resipi itu menerusi page Masak Apa Hari Ni.

Bahan-bahan:

Ais cream soda F&N

1-2 batang serai diketuk

Lemon

Daun pudina@apple mint

Asam boi ( suka masam letak lebih sikit)

Laici dalam tin

Ais

Cara membuat: 

Tuang aiskrim soda dalam bekas atau jag. Kemudian masukkan ais.

2. Campurkan semua bahan dalam air tadi dan gaul. Dah siap!

3. Boleh buat 10 minit sebelum berbunga, baru rasa bahan-bahan sebati dalam air.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang