Guardian sumbang RM10,000 untuk rumah kebajikan, tawar hingga 50 peratus menerusi kempen raya untuk semua

Iklan
ARZALIF-3 (94)

Guardian tawar hingga 50 peratus menerusi kempen raya untuk semua, sumbang RM10,000 untuk rumah kebajikan

Hari Raya adalah masa untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dan menghargai hubungan dengan orang tersayang, tanpa mengira jarak, umur, jantina, atau keadaan.

Iklan
Iklan

Justeru, Guardian sentiasa berada di sisi bagi memastikan anda memiliki semua keperluan untuk menjalani kehidupan yang sihat dan indah.

Berucap pada majlis pelancaran kempen raya Untuk Semua, Pengarah Pemasaran guardian Malaysia, Priscilla Wu berkata, jenama itu sesuai untuk segenap lapisan masyarakat.

Iklan

Iklan

"Guardian memupuk kebersamaan keluarga, memainkan peranan penting dalam kehidupan para pelanggan melalui tawaran rangkaian produk yang pelbagai pada nilai hebat.

"Sesuai dengan tajuk kempen raya kami, setiap produk dan perkhidmatan disusun khas dan direka untuk memastikan semua orang dapat menghayati semangat perayaan dengan sihat dan penampilan hebat bergaya," ujar Priscilla.

NILAI KEKELUARGAAN

Bersempena dengan kempen tersebut, sebuah video muzik Raya telah dilancarkan di YouTube.

Menariknya, video tahun ini merupakan sekuel video terdahulu yang sekali lagi mengetengahkan kepentingan hubungan yang kukuh dan nilai-nilai kekeluargaan semasa musim perayaan utama.

Antara yang menjayakan kembali watak mereka dalam video tersebut adalah Sham Visa dan Amy Mastura yang masing-masing memegang teraju sebagai bapa dan ibu. sementara empat anak perempuan mereka dilakonkan oleh Dr Amanda Elli, Puteri Shazwani Megat Ahmad Shahriman, Yasmin Khalid dan Afeefa Ooi.

Lagu rancak dengan irama joget itu juga bakal bersiaran di Era FM bermula 1 hingga 12 April.

Sedikit makluman, video tersebut memaparkan bagaimana Guardian menyokong perjalanan sesebuah keluarga menuju kehidupan yang sihat dan indah, merentas generasi daripada peringkat datuk dan nenek hingga ke peringkat cucu dan cicit.

Majlis pelancaran kempen tersebut berlangsung di TRX Kuala Lumpur. Menariknya, setiap tetamu yang hadir dalam majlis itu dijemput untuk mengambil hadiah raya di stor guardian di TRX untuk 100 kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Dan Perlindungan Nur Qaseh Malaysia.

Jumlah keseluruhan sumbangan bernilai RM10,000. Selain itu, Pulut kuning Zarina turut diagihkan kepada para tetamu yang hadir.

Sempena meraikan kempen itu juga, pelbagai tawaran hebat telah disusun dengan penjimatan sehingga 50 peratus termasuk diskaun 60 peratus bagi semua warna rambut dan semua topeng kecantikan dan pelembap bibir bagi setiap pembelian item kedua.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang