MASA akan berdetik tanpa menunggu sesiapapun. Pernah tak korang rasa menyesal kerana tak lakukan sesuatu dengan baik sebelum ini?
Mesti pernah kan?
Ada juga yang sering berharap untuk patah balik ke masa lalu. Namun begitu, apabila sudah terlambat, barulah korang ‘sedar’ dan ia sudah tidak boleh berpatah balik.
Jadi, sebelum korang semua menyesal, SinarPlus hari ini nak kongsi lapan perkara yang korang akan menyesal pada masa depan jika diabaikan.
1. Abaikan kesihatan diri
Ingat, korang jangan abaikan kesihatan diri, sebaliknya kekalkan rutin diet dan senaman yang baik.
Seiring bertambahnya usia, diet dan senaman memainkan peranan yang lebih besar untuk tetap sihat dan bergerak.
Jadi, carilah diet terbaik untuk korang!
2. Kurang melancong
Lakukan seberapa banyak momen melancong korang bersama pasangan, keluarga dan sahabat.
Apabila korang melancong bersama rakan atau keluarga, pasti akan berlaku bermacam-macam perkara sama ada yang baik atau kurang baik.
Namun, semua yang terjadi sepanjang pengembaraan bersama mereka, itulah sebenarnya yang membuat korang semakin mengenali mereka dan menguatkan silaturrahim.
3. Tidak berpuas hati dengan diri sendiri
Jangan korbankan kebahagiaan korang dengan membuang banyak masa untuk mengambil berat tentang imej atau penampilan badan.
Ketahuilah bahawa korang memerlukan lebih masa lain daripada sekadar memberi fokus kepada penampilan diri.
Berusaha untuk menjadi yang terbaik, kita boleh!
4. Terlalu lama mengambil masa untuk ‘move on’
Semua orang melakukan kesilapan sepanjang perjalanan masing-masing. Namun, jangan mengambil ‘banyak masa’ untuk memaafkan diri sendiri atas kesilapan tersebut.
Ingat, korang akan membazirkan masa sahaja jika asyik memikirkan masa lalu.
5. Bergaul dengan kenalan yang ‘salah’
Kawan yang membawa korang ke jalan yang salah di awal kehidupan boleh meninggalkan korang dengan sesuatu yang buruk, bahkan ada yang lebih parah sehingga merekod kes jenayah dan menjadi titik hitam sepanjang hidup.
Pilih rakan korang dengan berhati-hati dan ingat rakan juga cerminan buat diri sendiri.
6. Terlalu peduli dengan apa yang difikirkan oleh orang lain
Ini juga antara masalah besar. Ramai yang berharap mereka mempunyai keyakinan diri dan keberanian untuk menjalani kehidupan tanpa berusaha memenuhi harapan orang lain.
Ibu bapa, peranan gender dan budaya sering ‘menjadi tembok’ buat diri korang daripada menjalani kehidupan yang diinginkan.
Ingat, ini adalah jalan hidup korang… Jadi aturkan ia sehabis baik.
7. Kurang aktiviti sukarelawan dalam komuniti
Terlibat dalam badan amal atau menolong mereka yang kurang bernasib baik adalah sesuatu ‘unjuran’ yang sangat digalakkan.
Sukarelawan juga harus mempunyai sesuatu yang hendak disumbangkan atau dikongsikan dengan pihak sasaran dalam komuniti seperti pengalaman, fikiran dan ilmu, kemahiran dan kebolehan, tenaga fizikal dan sebagainya.
Jangan lepaskan peluang ini!
8. Menghabiskan terlalu banyak masa di telefon dan komputer
Jejaki dan hadkan masa yang korang habiskan untuk membelek media sosial.
Janganlah terlalu leka dengan telefon dan komputer sehingga mengabaikan peranan asal korang. Pastikan korang bijak mengagihkan masa bekerja dan masa bersama keluarga juga ya!
Sumber: theheartysoul.com