Kurangkan pembaziran & jimatkan kos, wanita ini kongsi cara baik pulih sofa lama tanpa perlu beli baharu

Iklan
ARZALIF-3 (48)

UPHOLSTERI tidak sekadar tentang memperbaiki sarung sofa lama. Ia boleh digambarkan sebagai salah satu seni yang memperbaharui dan menghidupkan semula keindahan serta keselesaan sebuah perabot.

Lebih-lebih lagi kita bakal menyambut Syawal tidak lama lagi, pastinya anda mahukan kediaman tampak berseri. Untuk membeli perabot baharu mungkin tiada dalam perancangan. Jadi, mungkin ini satu pendekatan sesuai untuk anda praktikan.

Iklan
Iklan

Dari mempertahankan bentuk asal hingga memberikan sentuhan moden dengan aksesori tambahan, anda boleh menjadikan ia sebagai salah satu cara yang menarik untuk memperbaharui ruang tamu anda.

Iklan

SinarPlus berkesempatan menemu bual pengasas Ai Curtains Home Furnishing Sdn Bhd, Aida Haswani Abu Hassan bagi mendapatkan pandangan lebih lanjut berkenaan kaedah upholsteri tersebut.

Ketika soalan berkenaan kenapa perlunya melakukan membaik pulih perabot lama sedangkan boleh diganti baharu, Aida memberitahu, terdapat segelintir individu yang berbuat demikian kerana perabot tersebut mungkin mempunyai nilai sentimental buat mereka.

Iklan

"Koyak atau kotor sedikit pun, kita enggan membuangnya kerana ia mewakili kenangan dan cerita yang berharga.

[caption id="attachment_140920" width="400"] Aida Haswani Abu Hassan[/caption]

"Selain itu, mungkin juga ia diberikan sebagai hadiah daripada orang tersayang menjadikan ia lebih dari sekadar perabot. Sebaliknya mungkin menjadi lambang hubungan dan kasih sayang, membuatnya layak untuk dipelihara," ujarnya.

Tambah beliau lagi, perabot berkenaan juga juga mungkin mempunyai sejarah atau hubungan emosional dengan kita.

"Ia adalah tempat yang mana berkumpul bersama keluarga atau menemani kita melalui pelbagai peristiwa dalam hidup.

"Mungkin kita beli semasa merantau atau bekerja di luar negara yang menyimpan banyak kenangan pahit manis. Atau kenangan tentang kesukaran kita yang terpaksa menabung sewaktu usaha memilikinya," ujarnya.

Desain sofa

Tambah beliau lagi, kesukaran untuk mendapatkan desain sofa yang sesuai dengan keinginan seseorang antara salah satu faktor ramai berbuat demikian.

"Dengan upholsteri, kita boleh mengubah suai sofa lama agar sesuai dengan cita rasa dan gaya peribadi.

"Mengganti fabrik sofa bukan sahaja membawa kesegaran, tetapi juga membolehkan kita memilih warna, corak, dan tekstur yang sesuai dengan suasana ruang tamu kita," jelas Aida.

 

Kepada yang ingin berpindah rumah atau mengubahsuai ruang tamu, cara itu membolehkan anda menyesuaikan sofa dengan gaya dan tema baru ruang tersebut.

"Bagi sesetengah individu, mengikut trend dalam reka bentuk dan corak adalah penting. Menerusi kaedah ini (upholsteri), anda boleh membaik pulih sofa mengikut trend terkini tanpa perlu mengeluarkan kos yang banyak.

"Malah, anda juga boleh suai padankan atau menggunakan perhiasan yang ada dengan memberikan nafas baru sesuai dengan ruang tersebut," ulasnya.

Tips memilih fabrik untuk sofa

Memilih fabrik yang sesuai untuk sofa anda adalah penting bagi memastikan hasil yang diperoleh memuaskan. Berikut beberapa tip untuk membantu anda membuat pilihan tepat:

1 Warna dan corak

Pertimbangkan warna dan corak fabrik yang sesuai dengan tema dan dekorasi ruang tamu anda. Pilihlah corak yang serasi dengan perabot dan hiasan lain dalam bilik.

2 Kualiti fabrik

Pastikan fabrik yang dipilih adalah jenis tahan lama dan mudah dijaga. Pilih bahan yang sesuai dengan gaya hidup anda dan boleh bertahan lama. Jika ada memelihara kucing atau anak kecil, sebaiknya boleh tukar kepada material jenis anti scratch tanpa mengubah desain sofa .

3 KeselesaanSelain daripada penampilan, pertimbangkan juga keselesaan fabrik. Sentuhan lembut atau tekstur yang sejuk boleh menambah keselesaan dan menarik bagi sofa anda.

4 Kesesuaian dengan fungsi sofaAmbil kira penggunaan sofa tersebut apabila memilih fabrik. Jika sofa digunakan secara kerap, pilihlah fabrik yang tahan lasak dan mudah dibersihkan.

Pun demikian,ada yang mengatakan kos upholsteri mungkin tinggi, namun ia masih lebih jimat daripada membeli sofa baharu yang berkualiti tinggi.

Justeru, dengan membaiki sofa lama, kita dapat mengurangkan pembaziran dan menjimatkan kos.

Pada masa sama, dapat mempertahankan kenangan dan nilai sentimental. Sekali gus memperkukuhkan hubungan emosional dengan kediaman dan keluarga.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!