MERCEDES-BENZ Malaysia memperkenalkan empat koleksi model idaman terbaharu dengan reka bentuk super mewah dan ciri kejuruteraan lebih canggih.
Fitur tersebut terdiri Mercedes-Maybach GLS 600 4MAT, Mercedes-AMG S 63 E Performance, Mercedes-Benz GLS 450 4MATIC dan Mercedes-Benz CLE 300 4MATIC Coupé.
Ketua Pegawai Eksekutif yang juga Presiden Mercedes-Benz Malaysia, Amanda Zhang berkata, pihaknya berusaha untuk mencipta pengalaman membanggakan buat pelanggan.
"Sebab itu, kami sangat menitikberatkan reka bentuk abadi, teknologi unggul dan perhatian terhadap perincian supaya dapat membina jentera paling diingini di dunia.
"Justeru, hari ini kami mempamerkan kemewahan yang tiada tandingan merangkumi inipati Mercedes-Benz dengan standard baharu untuk industri,” katanya sempena majlis pelancaran di NZ Wheels Bangsar, Kuala Lumpur semalam.
Ujar Amanda, pihaknya juga berbangga untuk meneruskan legasi inovasi dan kecemerlangan sekali gus berharap dapat menawarkan kenderaan yang mampu melebihi jangkaan pelanggan.
Menariknya, orang ramai boleh melihat dan pandu uji empat kenderaan tersebut menerusi pameran eksklusif bermula 3 hingga 7 April ini di NZ Wheels Bangsar.
Berikut informasi menarik tentang Mercedes-Maybach GLS 600 4MAT:
- Signatur lambang Maybach pada gril radiator dan jeriji salur udara menjadikan jentera tersebut lebih unik.
- Tayar tempa berbilang jejari Maybach 23-inci menggabungkan reka bentuk eksklusif dengan teknologi sukan permotoran.
Baca juga Saingan SUV kompak mewah, ini spesifikasi Mercedes-Benz GLA 200 Baharu buat anak muda teruja
- Lengkap dengan pakej Airmatic, e-Active Body Control, Multibeam LED, bumbung gelongsor panoramik, Magic Vision Control dan penutupan kuasa automatik.
- Ciri Guard 360 ° Vehicle protection Plus dan pakej bantuan memandu.
- Skrin hiburan tempat duduk belakang MBUX High-End dan dua slot USB di bahagian belakang dengan pengecasan 100W.
Mercedes-AMG S63 E Performance juga tak kurang hebatnya. Ini perincian:
- Hadir dengan enjin biturbo AMG 4.0 liter V8 dengan bateri berprestasi tinggi (HPB) AMG.
Baca juga Mercedes-Benz lancar 3 model berkuasa elektrik serba baharu, lebih mewah dengan teknologi AI
- Dengan sistem output 590kW (802PS) dan tork 1430 Nm, sedan mewah bersaiz penuh itu mencapai pecutan 0 hingga 100 kilometer perjam (km/j) dalam 3.3 saat dan kelajuan tertinggi 290 km/j.
- Pemanduan dinamik dengan ciri standard seperti suspensi udara AMG Ride Control+, penstabilan gulungan AMG Active Ride Control dan stereng gandar belakang aktif.
- Ciri kawalan iklim automatik Thermotronic di hadapan dan belakang serta paparan tengah OLED.
Jika lebih sukakan varian lebih sporty, boleh intai keunikan Mercedes-Benz GLS 450 4MATIC:
- Gril radiator yang lebih menyerlah dan empat louvre digalvani dalam Silver Shadow berkualiti tinggi.
- Lengkap dengan ciri Kawalan Penglihatan Magic, penutupan kuasa automatik, pencahayaan ambien dengan unjuran logo jenama, Multibeam LED dan bumbung gelongsor panoramik.
- Generasi terbaharu MBUX, Sistem Hiburan Tempat Duduk Belakang MBUX High-End, sistem bunyi sekeliling Burmester®, Kawalan Udara Energizing, Pakej Premium Plus dan Pakej Bantuan Memandu.
Untuk mengetahu lebih lanjut mengenai Mercedes-Benz CLE 300 4MATIC Coupé, berikut info ringkas:
- Ciri lampu digital dengan fungsi unjuran, bahagian luar AMG Line dengan Night Package menyerlahkan elemen reka bentuk ekspresif dalam warna hitam.
- Ruang kokpit dengan paparan instrumen digital 12.3 inci dan paparan tengah 11.9 inci dalam format potret mesra pengguna.
- Pembantu Dalaman MBUX menyediakan kemudahan penggunaan tanpa sentuh, termasuk pergerakan tangan yang semula jadi dan pengecaman penghuni pintar.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!