Zaquan Adha buat laporan polis, dakwa Rita Rudaini keluar kenyataan berunsur fitnah

Iklan
20240406_173055_0000

BEKAS pemain bola sepak Negeri Sembilan, Zaquan Adha membuat satu laporan polis berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon Rita Rudaini baru-baru ini.

Pemilik nama sebenar Mohamad Zaquan  Adha Abd Razak berkongsi perkara tersebut menerusi laman Instagram miliknya.

Iklan
Iklan

Kembar kepada bekas pemain bola sepak JDT, Aidil Zafuan berbuat demikian di ibu pejabat polis daerah Seremban, Negeri Sembilan.

Iklan

Dalam kenyataannya, Zaquan menyerahkan hal tersebut kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Assalamualaikum, saya baharu sahaja membuat laporan polis berkenaan kenyataan di IG Story yang dikeluarkan oleh Rita yang berunsurkan fitnah terhadap saya dan keluarga.

Iklan

"Jadi, saya serahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," ungkap beliau.

Zaquan memuat naik hantaran tersebut menerusi sepotong video di laman Instagram miliknya.

Untuk rekod, Rita dalam satu perkongsian membalas kenyataan yang dibuat bekas adik iparnya yang memberitahu enggan mencampuri urusan berkaitan kembarnya yang juga bekas suami Rita iaitu Aidil Zafuan.

Sekadar makluman, Rita dan Aidil berkahwin pada 2008, Namun, bercerai talak satu pada September 2013.

Mereka bagaimana pun dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 15, dan Airit Qaqa Arjuna, 13.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!