'Hanya yang berjiwa besar mampu memaafkan.' Momen Aslam & Marissa bertemu Abby raih perhatian, ramai titip doa

Iklan
20240412_053501_0000

PERKONGSIAN terbaharu daripada pelakon dan penyanyi, Abby Abadi di Instagram miliknya meraih perhatian ramai.

Menerusi satu hantaran video pendek yang dimuat naik, kelihatan momen pertemuan yang berlangsung yang mana Marissa membawa Aslam bertemu keluarganya.

Iklan
Iklan

Kelihatan kelibat Abby yang bersama menantunya, Aslam sekali gus menyaksikan hubungan di antara mereka kembali jernih.

"Meraikan kemenangan Aidilfitri dengan mengajar diri kita bahawa setiap kesilapan memiliki ruang untuk diperbaiki.

Iklan

"Setiap luka mempunyai kesempatan untuk diubati. Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Doakan yang baik-baik ya,” demikian kapsyen yang ditulis Abby.

Iklan

Turut kelihatan dalam video tersebut adalah pelakon Norman Hakim dan isterinya, Memey Suhaiza.

Dalam vudeo berkenaan, Aslam dan Marissa tiba disambut Norman dan Memey dan kemudiannya bertemu Abby.

Momen tatkala Abby dilihat memeluk erat anaknya, Marissa sebelum dia bersalaman dengan Aslam nyata mengundang sebak.

Perkongsian terbaharu usahawan itu juga meraih pelbagai komen daripada warga maya.

Ada yang menitipkan doa kebahagiaan buat keluarga besar itu.

Sekadar makluman, Marissa dan Aslam sebelum ini dilaporkan bernikah tanpa pengetahuan keluarga dan isteri pertama suaminya di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang.