1 Julai tadika dibuka, pelitup separuh muka untuk kanak-kanak bawah lima tahun kurang sesuai? Ini perlu korang tahu

Iklan
Pelitup separuh muka untuk kanak-kanak bawah lima tahun kurang sesuai? Ini perlu korang tahu

SELEPAS hampir tiga bulan sekolah diarahkan tutup dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan diikuti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akibat pandemik Covid-19, sesi persekolahan membabitkan pelajar mengambil peperiksaan awam, telah pun dibuka.

Pemakaian topeng muka ketika ke sekolah adalah digalakkan untuk pelajar-pelajar yang mempunyai gejala seperti batuk dan selesema.

Iklan
Iklan

Atas langkah keselamatan dan berjaga-jaga, para ibu bapa kini dilihat menyedikan kelengkapan seperti topeng muka buat anak mereka untuk ke sekolah.

Tapi, adakah langkah keselamatan tersebut sesuai bagi semua peringkat umur? Korang terutama para ibu pun mungkin nak tahu dan tertanya-tanya bukan?

Iklan

Memetik laporan media tempatan, menurut kata Pakar Perunding Kanan Pediatrik, Datuk Dr Amar Singh, penggunaan pelitup separuh muka bagi kanak-kanak berumur bawah lima tahun sepanjang berada di dalam kelas adalah tidak digalakkkan kerana boleh mengundang risiko keselamatan.

Bekas Ketua Jabatan Pediatrik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh itu berkata, kanak-kanak pada peringkat usia tersebut, terutama yang percakapannya belum lancar atau mempunyai masalah kesihatan seperti asma, mungkin berdepan kesukaran jika memakai pelitup separuh muka untuk tempoh yang lama.

Iklan

"Mereka ini mungkin boleh pakai untuk sementara sahaja.

"Kanak-kanak yang ada masalah kesihatan seperti asma atau sakit jantung kita tidak cadangkan pakai pelitup separuh muka untuk tempoh lama kerana bimbang mereka akan sesak nafas. Lebih membimbangkan kalau yang belum pandai bercakap (untuk beritahu masalah)," katanya.

Dr Amar Singh mengulas peraturan beberapa tabika serta tadika yang mewajibkan semua murid memakai pelitup separuh muka sepanjang sesi pembelajaran apabila persekolahan bermula kembali Rabu ini selepas ditutup sejak 18 Mac susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Menurut Dr Amar Singh yang juga Penasihat Majlis Kebangsaan Intervensi Awal Kanak-Kanak (NECIC), bagi kanak-kanak yang boleh memahami dan mengikut arahan, pemakaian pelindung muka  mungkin lebih sesuai.

Mengenai pemakaian cecair pensanitasi tangan, Dr Amar Singh berkata, tiada masalah untuk kanak-kanak menggunakan cecair itu walaupun mengandungi alkohol kerana produk tersebut antara pilihan berkesan untuk menyahaktifkan bakteria serta virus termasuk Covid-19 selain membasuh tangan menggunakan air dan sabun.

Pengguna disaran menggunakan cecair pensanitasi tangan mengandungi kadar alkohol 60 hingga 80 peratus untuk membasmi kuman dan peratusan lebih tinggi kurang sesuai kerana sifat bahan itu yang cepat kering selain menyebabkan kulit menjadi kering dan merekah.