Lazada jamin penghantaran cepat, pampasan mudah tuntut sempena 7.7 Mid-Year Super Sale

Iklan
Untitled design - 2020-06-30T124924.818

PLATFORM eDagang terkemuka, Lazada Malaysia meluaskan liputan jaminan penghantaran ‘Guanrateed Delivery’ dari Lembah Klang, ke seluruh negara* sempena 7.7 Mid-Year Super Sale yang menjanjikan penghantaran LazMall yang tepat masa untuk seluruh rakyat Malaysia.

Berikutan pelancaran serantau tahun lalu, pengembangan jaminan penghantaran LazMall di seluruh negara* menjanjikan penghantaran lebih cepat dan lebih dipercayai, disokong oleh pampasan mudah dituntut, kepada lebih ramai pelanggan.

Iklan
Iklan

Pengguna di luar Lembah Klang* juga akan dapat menikmati perkhidmatan penghantaran LazMall bermula dari kempen 7.7 Mid-Year Super Sale di Lazada pada 7 Julai 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif, Lazada Malaysia, Leo Chow berkata, dengan semakin ramai pelanggan bergantung pada pembelian atas talian untuk mendapatkan segala keperluan mereka tanpa meninggalkan rumah mereka.

Iklan

"Perluasan jaminan penghantaran LazMall memastikan bahawa kami memiliki kemampuan untuk membuat penghantaran kepada pelanggan tepat pada waktunya. Di samping itu, kami menawarkan pelbagai jenis barangan tulen dan penghantaran percuma dengan 7.7 Mid-Year Super Sale kami yang akan datang.

"Dengan rangkaian logistik milik penuh kami yang terbesar di negara, purata penghantaran hampir 70 peratus yang dilengkapi secara dalaman, Lazada Malaysia adalah peneraju penghantaran dan bersedia untuk menguruskan jumlah pesanan tertinggi,” kata Leo dalam kenyataan media kepada SinarPlus semalam.

Iklan

Perkhidmatan ini menyokong dua lagi janji yang sedia ada di LazMall - '100% Asli' dan 'Pulangan 15 Hari'.

Menurut Leo, ketiga-tiga janji ini memberi jaminan produk yang berkualiti tinggi dan tulen, polisi pulangan mudah selama 15 hari yang mengungguli industri, serta perkhidmatan penghantaran yang boleh dipercayai yang kini dijamin akan tiba tepat waktu.

Produk dijamin

LazMall adalah pusat membeli-belah maya terkemuka di negara ini, yang mempunyai ribuan jenama dan pengedar sah, dengan hampir 300,000 produk tersedia untuk pelanggan di seluruh Malaysia.

Pelanggan dapat mengenal pasti produk yand dijamin ‘Guaranteed Delivery’ LazMall dengan dua ikon berikut: / . ‘G’ menunjukkan ‘Guaranteed Delivery’, dan pelanggan dijanjikan akan menerima pesanan mereka menjelang tarikh penghantaran yang dijanjikan.

Sementara ‘24h’ menunjukkan bahawa penghantaran akan dilakukan pada hari berikutnya. Setelah pesanan dibuat di LazMall, pelanggan akan dapat melihat tarikh penghantaran yang dinyatakan di halaman Pengesahan Pesanan.

Pelanggan akan menerima pampasan yang dikreditkan secara automatik ke Lazada Wallet mereka jika melebihi jangka masa penghantaran yang dijanjikan, tanpa perlu mengemukakan tuntutan.

Nikmati Penghantaran Percuma di seluruh platform, Jaminan Harga Terendah, RM1 Crazy Flash Sale, dan Crazy Brand Mega Offer apabila anda membeli-belah pada Lazada 7.7 Mid-Year Super Sale.

Pra-jualan dalam talian 7.7 Lazada bermula pada 23 Jun hingga 7 Julai, dan akan menyediakan pelbagai tawaran menarik dan eksklusif untuk pengguna seperti:

1. Baucar Penghantaran Percuma untuk seluruh platform

30 Jun - 7 Julai

Nikmati baucar Penghantaran Percuma di seluruh platform dengan pembelanjaan minimum RM15

2. Jaminan Harga Terendah (Lowest Price Guaranteed)

7 Julai

Dapatkan 200% dari perbezaan harga yang dikreditkan kembali ke Lazada Wallet anda di bawah Lowest Price Guaranteed, sekiranya pengguna mendapati pembelian ‘CHUP DULU’ dan ‘MID YEAR SALE’ mereka lebih murah di laman web lain.

3. LazChoice

30 Jun - 7 Julai

Destinasi harga rendah setiap hari Lazada akan menawarkan pengguna jaminan harga terendah serta Penghantaran Percuma dengan pembelanjaan minimum RM9.90 pada 7.7 ini

4. LazMall

30 Jun - 7 Julai Nikmati 100% barangan berjenama asli, pulangan 15 hari, jaminan penghantaran dan Crazy Brand Mega Offer untuk diskaun terbaik dan baucar besar daripada jenama tempatan dan antarabangsa yang disukai seperti DYSON, Unilever, Loreal, P&G, Enfagrow, Pediasure, Estee Lauder , LEGO, Abbott, Adidas, Brooks, Xiaomi, Realme, OPPO, Acer, Senheng, Tefal, HI HOME, Colgate, Photobook, Ryo, Hasbro, Clarks, Nivea, Kronos, Wipro Unza, RB Home, Cheong Kwan Jang, dan banyak lagi

5. Chup Dulu

23 - 6 Julai Pengguna boleh Chup Dulu dengan membayar deposit yang tidak akan dikembalikan melalui aplikasi Lazada dan menempah barang kegemaran mereka untuk menikmati harga yang lagi rendah untuk produk seperti Panasonic 55 Inch 4K Smart TV, Peti Sejuk Inverter 660L Hisense 4 Pintu, Susu Formula Friso Gold , Milo dan banyak lagi.

6. Mesti Beli

30 Jun - 7 Julai Promosi Mest Beli Lazada adalah panduan membeli-belah 7.7 utama bagi pengguna untuk tawaran harga rendah yang mesti dibeli bagi produk seperti Apple iPhone 11 Pro Max, Nintendo Switch Battery Enhanced Edition, Skechers dan banyak lagi.

7. Crazy Flash Sale

30 Jun - 7 Julai

Dapatkan pembersih vakum Robot ILIFE V58, gitar akustik, kasut wanita GO Walk Skechers antara lainnya dengan harga serendah RM1 dan juga kejutan istimewa hingga 90% diskaun semasa Crazy Flash Sale kami.

Shoppertainment Lazada bawa keseronokan untuk berbelanja, bermain dan menang!

Lazada terus membawa pengalaman Shoppertainment yang menarik pada 7.7 ini di mana pembeli dapat memenangi hadiah utama eksklusif kepada sesiapa yang paling cepat mengumpulkan LazCoin melalui halaman COINS di bahagian atas aplikasi atau, melalui Daily Missions dan LazGames.

Rebut peluang untuk memenangi telefon pintar Realme 6i dengan menyertai Lazada’s Coin Race! Telefon pintar 5 Realme 6i sedia untuk direbuti 7.7 serta hadiah hebat lain dari Neckpro, Pandora, Habib, Edifier X3, Jabra Elite, PerySmith, Xiaomi dan banyak lagi.

Pengguna juga boleh menggunakan LazCoins yang diperoleh untuk menebus wang tunai dan ganjaran hebat:

Dengan perbelanjaan minimum RM9.90, pengguna dapat menukar 77 LazCoin dengan baucar penghantaran percuma di seluruh platform pada 7.7

Tukar 17 LazCoin dengan baucar Lazada Wallet dengan potongan RM0.70 pada 7.7

Tukar 27 LazCoin dengan baucar eksklusif diskaun 50% dan baucar penjual diskaun RM7

Maksimumkan Penjimatan dengan Lazada Wallet 7.7 ini

Lazada Wallet terus menjadi kaedah pembayaran pilihan di platform tersebut kerana infrastruktur pembayarannya yang lancar, selamat dan tanpa gangguan. Dengan semakin ramai rakyat Malaysia menggunakan eDompet dan pembayaran digital sebagai sebahagian daripada 'normal baharu', Lazada Wallet terus membantu pengguna untuk lebih berjimat pada 7.7 ini dengan pelbagai kejutan dan ganjaran tunai wallet yang menarik.

Sertai pengalaman Lazada Wallet Heartbeat Experience dan berpeluang menjadi salah seorang daripada 163 pemenang bertuah untuk memenangi hadiah misteri daripada kumpulan hadiah bernilai hampir RM100,000 dari Legoland Malaysia Resort, Dorsett Hotels & Resorts, Mastercard, Viu, Photobook, San Francisco Coffee dan Domino's. Hanya lawati akaun Facebook dan / atau Instagram Lazada, lengkapkan kapsyen"Saya suka Lazada Wallet kerana ..." dan tag 3 rakan di Facebook dan / atau Instagram Lazada di bahagian komen.

Pelanggan Lazada Wallet yang baharu dan sedia ada juga akan menikmati pelbagai insentif dari 30 Jun hingga 7 Julai:

Tambah nilai: Pengguna yang menambah Lazada Wallet mereka dengan minimum RM100 berpeluang memenangi jumlah pulangan tunai sebanyak RM27,777

Pengguna Wallet Baharu: Pengguna Wallet Baharu akan menikmati kejutan wallet bernilai RM5 untuk digunakan pada pembelian mereka pada 7.7

Pengguna Wallet Sedia Ada:

o77 pelanggan Lazada pertama yang menggunakan wallet mereka untuk membeli barang dari tawaran 7.7 Mid-Year Super Sale antara 3-6 Julai akan mendapat RM77 dikreditkan ke wallet mereka

oSemua pengguna Lazada wallet juga dapat mengumpulkan baucar pembayaran RM3 untuk ditebus pada 7 Julai

Dan juga jenama-jenama lain yang menaja rebat pada 7.7

###