BEKAS personaliti televisyen Norjuma Habib Mohamed dihadapkan di empat Mahkamah Majistret atas tiga pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas tiga individu dan dua pertuduhan melakukan khianat, antara 2017 hingga 2023.
Norjuma, 44, mengaku tidak bersalah selepas kelima-lima pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Fatin Dayana Jalil, Illi Marisqa Khalizan, Noorelynna Hanim Abd Halim dan Amira Abd Aziz.
Di hadapan Fatin Dayana, bekas pengacara terkenal itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Mohd Afiq Ismail, 34, di sebuah syarikat borong dan runcit di Menara Atlan, Jalan Ampang, Dang Wangi di sini pada 8.43 malam, 21 Feb 2017.
Usahawan selebriti itu turut dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda yang boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Di hadapan Illi Marisqa, tertuduh didakwa melakukan kesalahan sama terhadap pengawal keselamatan warga Nepal, Neupane Tika Ram, dengan menendang betis kiri mangsa di sebuah pusat tuisyen di Bukit Damansara, Brickfields di sini pada 3 petang, 29 Mac 2018, mengikut seksyen sama.
Sumber :BERNAMA
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!