Redza Syah Azmeer kongsi gambar bernikah lagi, status Irma Hasmie jadi tanda tanya. 'Perjalanan baharu telah bermula...'

Iklan
20240428_191737_0000

RUMAH tangga pelakon dan hos terkenal, Irma Hasmie kembali menjadi perhatian apabila suaminya, Redza Syah Azmeer berkongsi gambar pernikahan bersama wanita lain.

Menerusi satu hantaran di Instagram miliknya, bapa kepada sepasang cahaya mata itu bergelar suami kepada pilihan hatinya dikenali sebagai Nur Hafiza Mohd Salim.

Iklan
Iklan

Dalam foto itu, Redza bersama isteri baru sedondon memakai baju pengantin berwarna putih. Majlis itu turut dihadiri anak-anak dan ahli keluarga sebelah Redza.

"Perjalanan baru telah bermula, tumpuan akan menjadi keluarga, kerjaya dan masa depan bersama."Jazakumullahukahir kepada semua atas doa...semoga ALLAH SWT makbulkan segala doa yang baik-baik kepada kalian dan pertemukan kebahagiaan yang dicari, Aameen Ya Rabbalalamin," demikian kongsi Reda menerusi kapsyennya.

Iklan

Sehingga kini, ikatan antara Redza dan Irma masih menjadi tanda tanya memandangkan kedua-duanya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Iklan

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!