SEBAK dan menyentuh hati, video memaparkan seorang bapa mengiqamatkan bayi menjadi tular di laman sosial.
Mencecah 1.2 juta tontonan, rakaman lelaki dikenali sebagai Haji Yob menerima pelbagai reaksi warganet.
Menerusi perkongsian isteri, Zaleha, 42, bayi perempuan berkenaan adalah anak sulung beliau dan suami sekali gus mengakhiri penantian pasangan itu selepas usia 10 tahun berumah tangga.
Iklan
Iklan
Iklan
Iklan
Zaleha ketika dihubungi SinarPlus memaklumkan perkahwinannya dengan Pak Yob pada tahun 2014 adalah yang keduanya.
"Alhamdulillah, saya dan suami sangat gembira atas kelahiran anak sulung. Saya tidak merancang untuk mengandung pun,” katanya.
Walaupun tidak mempunyai rencana untuk memiliki cahaya mata, Zaleha menganggap kelahiran anakandanya itu rezeki dan kurniaan daripada ALLAH.
Ternyata jarak usia 38 tahun tidak menjadi halangan buat mereka menganyam kebahagiaan dan membina keluarga sendiri.
Warga maya teruja dengan perkongsian video berkenaan tidak henti mengucapkan tahniah buat Zaleha dan suami sementelah lelaki itu yang mencecah usia emas.
Tidak kurang juga yang menitipkan doa agar si kecil membesar dengan sihat.
"Pakcik pun nampak sihat lagi. Tentu menjaga pemakanan. Orang dulu-dulu banyak petua dan menjaga kesihatan.”
"Subhanallah. Umur 80 tidak nampak seperti 80. Kelihatan seperti 60an sahaja dan sihat. Alhamdulillah rezeki pakcik dan isteri mendapat zuriat.”
"Ya ALLAH, tahniah pakcik dan isteri. Tiada kata-kata yang dapat digambarkan. Seperti saya 17 tahun menanti ALLAH kurniakan anak sulung.”
Tahniah daripada SinarPlus buat Haji Yob dan Ummi Mak Ha, moga si kecil membesar menjadi anak yang solehah, aamiin.