Hanya RM40,000 jer ditemui daripada RM800,000. 4 suspek kes pecah rumah Kieda Crepe dicekup

Iklan

BEBERAPA hari kes pecah rumah melibatkan usahawan dessert, Kieda Crepe viral, akhirnya empat suspek iaitu dua lelaki dan dua perempuan dicekup polis di Jalan Duta, Kuala Lumpur pada pagi Rabu.

Paling mengejutkan, daripada RM800,000 barang kemas yang hilang, hanya RM40,000 jer ditemui bersama suspek!

Iklan
Iklan

Kata Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintenden Zulkeflee Sulaiman, suspek dipercayai telah menjual sebahagian barangan kemas tersebut.

Empat individu yang ditahan iaitu dua wanita direman enam hari sehingga 11 Jun ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.

Iklan

Kesemua suspek berusia lingkungan 20 hingga 27 tahun itu ditahan di ibu negara antara jam 9 hingga 10 pagi, Khamis.

Ketika ditahan, polis turut merampas barangan emas bernilai RM40,000 dipercayai milik usahawan tersebut.

Iklan

Polis juga tidak menolak akan ada lagi beberapa tangkapan untuk membantu siasatan berhubung kes terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.

Kes Kieda ini sebenarnya berlaku pada 25 April. Kieda hanya berkongsi kepada umum selepas 40 hari pada Ahad lalu apabila kes berkenaan tidak menemui penyelesaian.

Katanya, kejadian tersebut disedari mereka ketika pulang ke rumah selepas selesai berniaga di premis mereka.