Alhamdulillah. Ustaz Don selesai jumpa KDN, Jabatan Mufti Wilayah. 'Pandangan diterima dengan terbuka dalam suasana harmoni'

Iklan

PENDAKWAH selebriti, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid meluahkan rasa syukur selepas bertemu wakil Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dan Ustaz Fawwaz Fadhil.

Iklan
Iklan

Agamawan asal Pulau Pinang itu berkongsi kunjungannya disambut baik, malah sempat bertukar-tukar fikiran.

"Pertemuan yang diatur bersama pihak @myjakim @jabatanmuftiwp, wakil Kementerian Dalam Negeri dan Ustaz Fawwaz Fadhil pagi tadi berjalan dengan lancar. Alhamdulillah.

Iklan

"Terima Kasih kerana menjemput dan menerima kehadiran kami. Semoga pertemuan tadi memberi manfaat yang lebih besar buat semua," kongsinya.

Iklan

Beberapa hari lalu, media berkongsi agensi kerajaan persekutuan itu telah memanggil Ustaz Don bagi mendapatkan perincian berhubung kontroversi dan merungkai permasalahan.

Sebelum ini, media melaporkan pendakwah selebriti direhatkan daripada bersiaran dalam program Salam Baitullah selepas Radio Televisyen Malaysia (RTM) membuat keputusan itu.

Ia berikutan susulan pertikaian di media sosial berkaitan kisah hidup Nabi Muhammad SAW hingga mengundang pelbagai kritikan daripada beberapa pihak.