PERSONALITI media sosial, Fatimah Omar Mukhlis, dikhabarkan terpaksa diiletakkan dalam senarai kecemasan bagi menjalani lima prosedur pada Jumaat.
Menurut ibunya, Nor Ashila Mahamed Ismail, 43, Fatimah itu perlu berpuasa sejak Khamis sebagai persediaan.
"Lima prosedur yang dilakukan ialah biopsi unilateral bone marrow aspiration and trephine, lumbar puncture, biopsi nodus limfa inguinal.
"Ini termasuk biopsi kulit insisi kedua daripada salah satu ketulan. Sekarang pukul 11 pagi (semalam) di United Kingdom dan Fatimah telah ditidurkan dan sudah berada di dewan bedah untuk lima prosedurnya," kongsinya di Instagram.
Sehubungan itu, Nor Ashila berharap agar semua terus mendoakan kesihatan dan kesembuhan Fatimah serta prosedur tersebut berjalan lancar.
Baca juga: Keadaan kurang baik, Fatimah The Family UK ditidurkan. Prosedur biopsi dilakukan sekali lagi
Menerusi satu hantaran ibu kepada tiga cahaya mata itu menitip penghargaan buat semua pihak yang sentiasa bertanya khabar dan mendoakan Fatimah.
"Terima kasih pada semua yang ikhlas bersedekah di atas nama Fatimah. Terima kasih juga kepada semua yang sudi melapangkan masa, mengambil kesempatan keberadaan di Tanah Suci Makkah untuk melakukan tawaf khusus buat Fatimah.
Fatimah mula mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Birmingham, UK pada Mac lalu.
Terdahulu, si kecil itu telah melalu beberapa ujian biopsi dan salah satunya menyebabkan pendarahan berpanjangan hingga terpaksa ditidurkan.
Sama-sama kita mendoakan agar Fatimah sihat kembali.