Afifah Nasir kongsi seronok duduk rumah jadi suri rumah tangga, tak sangka diri pandai memasak

Iklan

Afifah Nasir berkongsi kehidupan baharunya selepas bergelar kepada Syed Hariz.

Baru-baru ini pelakon jelita Afifah Nasir berkongsi kehidupan baharunya selepas bergelar kepada Syed Hariz.

Iklan
Iklan

Beliau mengakui seronok duduk di rumah dan menjadi suri rumah.

"Dia macam seronok jadi suri rumah tangga. Saya suka duduk rumah rasa macam healing sebab sebelum kahwin asyik duduk luar shooting," katanya dalam perkongsian di Tiktok Inayah Beauty Trading.

Dalam pada itu, adik kepada pelakon Anzalna itu tidak menyangka dirinya mempunyai kebolehan untuk memasak selepas berkahwin.

Iklan

"Saya suka memasak. Dia macam memasak tu datang lepas kahwin tau. Dulu saya fikir macam tak reti masak tapi bila saya dah masak macam ‘oh, boleh je aku masak sebenarnya’.

Iklan

"Lepas kahwin dia macam datang sendiri jadi siapa yang tak reti masak sebelum kahwin tu, tunggu lepas kahwin mesti boleh punya," tambahnya.

Pemilik nama sebenar Nur Afifah Md Nasir itu memberitahu, selain duduk di rumah, memasak juga boleh diibaratkan sebagai healing.

"Saya suka masak, saya rasa healing sangat benda tu.

"Suami suka makan pasta, suka makanan barat.

"Ada yang dm saya kata 'nampak awak asyik masak makanan barat je untuk suami, dia tak makan makanan Melayu ke?'

"Dia makan, cuma kitorang dalam seminggu akan ada sehari makan makanan Melayu.

"tapi setakat ini saya tak masak menu berkenaan sebab suami asyik teringin makanan barat sahaja," ujarnya.

Terdahulu, Afifah dan Syed Hariz mendirikan rumah tangga pada 5 Mei lalu selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan.