'Ini baru adil.' Suami bawa dua isteri tunai haji bersama jadi perhatian warganet

Iklan

Iklan
Iklan

MENUNAIKAN haji bersama orang yang tersama orang tersayang merupakan impian ramai terutama pasangan hidup sendiri. Namun lelaki dan dua isteri ini menjadi perhatian warganet apabila bersama-sama dijemput ALLAH ke Tanah Suci baru-baru ini.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh wanita yang dipercayai isteri kedua, Syuhada Sharidin berkongsi beberapa gambar bersama suami dan madunya.

Iklan

Syuhada menitipkan harapan agar segala urusan ibadah haji dipermudahkan dan dapat mengeratkan lagi hubungan antara mereka.

Iklan

"Semoga panggilan ini membuatkan hati kami semakin kuat dan semoga ikatan ini terus kuat hingga ke akhir perjalanan.

"Haji bersama madu dan suami,” ujarnya.

Mereka dilihat sentiasa bertiga melakukan rukun-rukun Haji termasuk melontar jamrah dan bermalam di Mina.

Sementara itu suaminya, Ustaz Halim Ikhsan menerusi TikTok berkata ujian itu pelbagai.

Menjengah ke ruangan komen, warganet tumpang gembira melihat kebahagiaan keluarga tersebut dan memuji tindakan lelaki terbabit yang berlaku adil terhadap dua suri hatinya.

"Masya-ALLAH. Hebat ALLAH. Apabila ALLAH berkehendakkan sesuatu makan ia akan pasti terjadi. Janji ALLAH pasti, janji manusia insya-ALLAH. Tahniah ustaz," katanya.

"Suami yang hebat kerana doa isteri-isterinya."

"Alhamdulillah saya memiliki suami dan madu dimana kami sering memberi hadiah walau terpisah oleh jarak. Love you my madu."

"Hanya wanita yang hebat mampu."

"Alhamdulillah. Cantik-cantiik isteri tuan. Cantik luar dalam baik ahlak. Semoga keluarga tuan bahagia hingga ke akhir hayat amin."

Sumber: TikTok 1, 2

Baca juga: Tiada istilah 'payung emas' untuk wanita bermadu, poligami boleh jadi harus, sunat, haram

Baca juga: Minta izin sendiri isteri pertama, Zarina Zainuddin dedah adab kahwin suami orang

Baca juga: Abang Tesla pertama kali dedah wajah isteri muda, bawa 2 suri hati tunai umrah. 'Our my first trip together'