Dilanggar lari dari belakang, jari anak hampir hancur, bapa rayu bantuan rakaman dashcam

Iklan

KES langgar lari melibatkan seorang bapa dan anaknya di Lebuhraya Baru Pantai (NPE) Jumaat lalu menjadi tular di laman sosial Facebook.

Iklan
Iklan

Menjadi mangsa langgar lari pada 21 Jun lalu, pengguna Facebook dikenali sebagai Sarip Dul meminta bantuan warga maya mengesan pengguna kamera papan pemuka (dash cam) yang merakamkan kejadian tersebut.

"Salam, ingin meminta bantuan orang ramai. Saya dan anak terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan dari Pantai Dalam menuju ke Petaling jaya menggunakan lebuh raya NPE.

Iklan

"Sesiapa ada rakaman dash cam nampak kejadian (bolehlah menghubungi) kerana kereta yang melanggar saya telah lari.

"Saya mengetahui nombor plat kereta tersebut. Kejadian berlaku pada 8.20 pagi Jumaat, 21 Jun lalu," kongsinya di laman sosial.

Iklan

Usaha SinarPlus mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kejadian tidak berjaya, namun hasil perkongsian lelaki itu pada ruangan balas memberikan beberapa info berkaitan.

Difahamkan, selepas perlanggaran anaknya telah terjatuh berhampiran lorong laju lebuh raya.

Berkongsi foto memaparkan anak lelakinya yang turut menjadi mangsa, warga maya memberikan pelbagai reaksi termasuk menyatakan simpati dan meluahkan amarah susulan tindakan tidak bertanggungjawab pemandu terbabit.

Ujar mereka:

"ALLAH, semoga dipermudahkan segala urusan. Encik buat report dan check kamera litar tertutup (CCTV) lebuh raya."

"NPE ada CCTV rasanya. Boleh buat report polis dan minta kerjasama NPE, insya-ALLAH."

"Aduh anak tu Sarip. Allahuakbar, semoga moga cepat sembuh dan siapa yang melanggar segera diketahui."

"Cuba minta tengok CCTV tol NPE. Cari warna dan jenis kereta dan waktu anggaran kereta tu lalu tol. Insya-ALLAH kita usaha

"Saya ada pengalaman hitam dilanggar lari. Bahu saya patah tebu. Musibat tu naik pikap 4x4 mabuk pada waktu tengah hari. Kejadian berlaku tahun 2016. Suspek melarikan diri RXZ kejar pon tak dapat. Memang laju lari ke arah Port Klang. Kalau jumpa saya nak buat permintaan kerana sebab kejadian itu saya diberhentikan kerja serta-merta."

"Ya ALLAH kesian anak tu. Tak sanggup melihatnya. Moga cepat sembuh dan pelaku segera dicekup."

Baca juga:
'Selamat jalan Ainun Mardhiah.' Gadis maut dirempuh kereta kejar lampu kuning, abang rayu orang awam kongsi rakaman dashcam

LANGGAR LARI, 5 PERKARA PATUT DILAKUKAN SAKSI

Kes langgar lari. Boleh tuntut atau tidak?

Adakah mangsa akan mendapat keadilan sewajarnya. Malangnya sekiranya tiada saksi dan mangsa sendiri tidak nampak atau meninggal maka si pelaku terlepas begitu sahaja. Tanpa sebarang keadilan.

Logiknya, kalau hendak lapor polis, apa butiran si pelaku yang akan diisikan? Jika hendak membuat tuntutan ganti rugi sivil, kepada siapa yang ingin dituntut?

Identiti tidak dapat dikenalpasti. Jadi si pelaku ini terlepas begitu sahaja.Kasihanlah kepada mangsa atau lebih teruk lagi ahli keluarga mangsa yang kehilangan orang tersayang sekelip mata atau tempat bergantung sekelip mata. Lebih sedih sekiranya si mati adalah meninggalkan anak isteri yang ditanggung olehnya. Tiada keadilan.

Tetapi jika, dapat dikenalpasti nombor kenderaan dan butiran lain seperti jenis kereta, warna kereta ini sangat membantu.

Peguamcara dan Peguambela, Nor Zabetha Muhamad Nor dari Tetuan Nor Zabetha Chinna & Co. menyarankan beberapa tip berikut kepada saksi kemalangan:

Sekiranya anda menjadi saksi kemalangan tolong jadi warga yang prihatin. Salin butiran-butiran kemalangan seperti

1. Tarikh

2. Waktu

3. Kawasan di mana kemalangan berlaku

4. Nombor pendaftaran kenderaan pelaku, jenis kenderaan dan butiran seperti warna atau apa sahaja maklumat yang boleh membantu seperti kereta tersebut telah modify dan apa perubahan yang dibuat. Ini bertujuan untuk mengenalpasti kenderaan

5. Maklumat tentang mangsa, jantina, jenis kenderaan yang dipandu waktu kemalangan, butiran kenderaaan mangsa dan nombor pendaftaran kenderaan mangsa.

Cukup maklumat ini, buat cover report di balai polis. Ini sebagai langkah bukti anda menjadi saksi dan butiran-butiran kemalangan. Sekiranya anda menjadi saksi di mahkamah, cover report ini sangat membantu.

Sekiranya selepas anda membuat cover report masih tiada maklum balas anda akan dihubungi untuk membantu mangsa atau warisnya.

Anda mungkin boleh memaklumkan di media sosial atau apa sahaja medium untuk anda menawarkan diri tampil sebagai saksi membantu mangsa atau waris.

Walaupun mungkin berat tugas yang ingin anda tawarkan tetapi ia dapat membantu mangsa atau warisnya untuk mendapat keadilan daripada dizalimi oleh pelaku yang tidak perihatin dan pentingkan diri sendiri.