Rezeki anak ramai, usia 39 tahun lelaki ini sambut cahaya mata ke-12. 'Jika ada rezeki, saya nak lagi'

Iklan

MURAH rezekinya! Belum mencecah usia 40 tahun, Shamsuri Shafie, 39, dan Rosnaida Ismail, 38, sudah memiliki 12 cahaya mata.

Sebuah video memaparkan pasangan itu selamat menyambut anak ke-12 tular di laman sosial TikTok hingga meraih 1 juta tontonan.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, ibu selamat melahirkan putera kami yang ke-12. Terima kasih atas doa kalian," kongsinya.

Lebih manis lagi, biarpun sudah berbelas kali berpantang, lelaki itu tetap meluangkan masa menemani Rosnaida di wad bersalin.

Iklan

Memetik laporan portal berita tempatan, Shamsuri bersyukur kerana dikurniakan cahaya mata lagi dan meluahkan lega urusan kelahiran bayinya.

"Alhamdulillah, perasaan sangat teruja dan bersyukur kerana ALLAH SWT permudahkan urusan kehamilan isteri yang tidak alami alahan sehingga selamat bersalin.

Iklan

"Sebenarnya, bukan hanya saya dan isteri, malah anak yang lain pun teruja dapat adik baru," katanya.

Berkahwin ketika bergelar pelajar pada usia 18 tahun, lelaki itu benar-benar menghargai permaisuri hatinya.

Mengakui mengimpikan keluarga besar, Shamsuri merakamkan terima kasih buat isteri tercinta.

"Sebagai suami, saya berterima kasih kepada isteri atas pengorbanannya melahirkan cahaya mata kami.

"Sukar nak mencari seorang isteri yang tabah, penyayang, tenang serta bertanggungjawab sepertinya malah, dia adalah tulang belakang serta penguat semangat saya," katanya.

Baca juga: 'Comel dan handsome anak-anak, wife pun lawa.' Potret keluarga Jamal Abdillah bikin ramai teruja

Menurut pengamal perubatan Islam itu, biarpun kini memiliki 11 cahaya mata terdiri daripada enam lelaki serta lima perempuan. Beliau tidak menolak jika ada rezeki untuk menimang cahaya mata lagi pada masa akan datang.

"Anak pun pembawa rezeki dan menjadi penguat hubungan serta pengikat kasih sayang dengan isteri sepanjang 19 tahun kami berumah tangga," katanya.

Baca juga: Rezeki anak ramai, Ayu Raudhah kini hamil cahaya mata ketujuh

Warga maya tidak ketinggalan mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagian buat keluarga besar.

Tidak ketinggalan yang mahu menjadikan sikap ringan tulang Shamsuri dalam menjaga isteri berpantang sebagai contoh. Ujar mereka:

"Wow anak ke-12, tahniah. Jarang dengar orang zaman sekarang ada anak ramai."

"Tahniah rezeki dapat ramai anak. Ahamdulillah ibunya tetap cantik. Selamat berpantang semoga anak-anak membesar dengan sihat."

"Kalau dapat suami yang bagi kerjasama dalam semua hal, beranak tiap tahun pun sanggup."

"Beranak 20 pun sanggup kalau dilayan baik macam ni. Bertuah betul."

Sumber: TikTok,Harian Metro