Dah Kahwin tapi mengaku bujang, siap cakap dah bercerai. Suami hati-hati, boleh jatuh talak!

Iklan

Suami mengaku bujang pada rakan-rakannya dan di media sosial miliknya dengan alasan malu untuk mengaku sudah berkahwin.

Siapa sangka perbuatan yang dianggap sekadar gurauan boleh memakan diri dan mampu meleraikan ikatan perkahwinan yang dibina begitu sahaja. Itulah realiti orang sekarang yang gemar menganggap sesuatu perkara sebagai gurauan tapi tidak bertempat.

Iklan
Iklan

Dalam kes yang dikendalikan seorang peguam, sang suami mengaku bujang pada rakan-rakannya dan di media sosial miliknya dengan alasan malu untuk mengaku sudah berkahwin.

Malah, keadaan bertambah parah apabila dia mengaku yang dia sudah bercerai dengan isterinya! Perkara ini disedari sendiri oleh si isteri dan terus memilih untuk membuat pengesahan lafaz selepas membaca perbualan suami bersama rakannya di aplikasi WhatsApp.

Iklan

Jom ikuti perkongsian puan Nor Afrizah, semoga menjadi pengajaran dan ingatan kepada orang lain.

MENGAKU STATUS SINGLE..

Iklan

Saya didatangi sepasang anak muda yang baru berkahwin dalam tempoh lingkungan 2 tahun...

Lelaki: Puan saya nak tanya, isteri saya buat permohonan pengesahan Lafaz.. Sebab saya mengaku status single di media sosial dan dikalanagan rakan-rakan saya.. Macam mana ye puan... Agak-agak jatuh talaq tak?, Saya saja je suka-suka mengaku single sebab ramai kawan Saya masih single lagi.. Segan nak mengaku dah berkahwin... Saya pun mengaku status single ni pada kawan saya, saya mengaku dah bercerai dengan wife.. itu yang wife saya dapat baca dari WhatsApp saya tu...

Masa saya mengaku single tu Saya sedar, tiada paksaan, waras.. tapi just for fun...niat saya just for fun..

Si isteri hanya tertunduk sendu di sebelahnya..

Ada riak kecewa di wajahnya..

Close-up image of business executive reading text messages when drinking coffee

##############

Dalam hati saya, kamu ni dah kenapa, nak mengaku bujang...

Mungkin sebab wajahnya kacak, kerja tetap..

Ke masih nak"test market"

aduhai..

Kebiasaannya, proses pengesahan lafaz ini memerlukan untuk melihat kepada beberapa faktor untuk mensabitkan sama ada terjatuhnya talaq atau pun tidak. Perlu juga di lihat sama ada lafaz itu soreh atau kinayah.

Dari situasi yang berlaku pada pasangan muda ini, ternyata si suami dengan sengaja mengaku status dirinya 'single' dalam si suami keadaan sedar dan waras.

Tiada isu provokasi atau keadaan bergaduh, tekanan atau penyakit mental yang dialami oleh si suami pada waktu itu..

Upset asian couple wife sit on couch listen to furious husband yelling feel unhappy talk negative to her. Couple have fight or disagreement at home, Couple problem, family married toxic relationship.

Meskipun dalam sesetengah keadaan pengesahan lafaz itu perlu melihat kepada niat si suami, namun perlu di ingat kepada hadis Rasulullah yang menyatakan perkara yang di buat secara bersungguh akan menjadi, yang secara bergurau juga akan menjadi iaitu nikah, talaq dan ruju'.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ثَلاَثٌ جِدُّهُنَّ جِدٌّ وَهَزْلُهُنَّ جِدٌّ النِّكَاحُ وَالطَّلاَقُ وَالرَّجْعَةُ

Maksudnya:"Tiga perkara yang dilakukan secara serius atau main-main memberi kesan; nikah, talak, dan rujuk.”

Riwayat Abu Dawud (2194), al-Tirmidzi (1184) dan Ibnu Majah (2039)

Meskipun status itu 'just for fun' dan sekadar gurauan, besar kemungkinan jatuh talak dengan merujuk kepada hadis di atas..

Di dalam dewan, setelah meneliti keterangan si suami, Mahkamah mengesahkan bahawa jatuh talak satu secara raj'i terhadap pasangan ini di atas kekhilafan si suami dengan pengakuan statusnya pada media sosial dan kepada kawan-kawannya secara bertulis....

Pesanan mesra saya, hati-hati dalam pertuturan dan tindakan kita dalam hal-hal munakahat ini...

Besar kesannya..

Mujur juga si isteri membuat pengesahan lafaz... Jika dia berdiam sahaja, bagaimana status perkahwinan mereka??

Besar kemungkinan akan berlaku penzinaan sepanjang hayat....

Rosak keturunan.

Jika tidak tahu... Jangan malu dan ego untuk beritanya....

Jangan nak bergurau sangat..

Ni mesti suka nyanyi lagu"gurauan berkasih"..

Hati-hati ye...

Oleh itu, suami jangan lupa segala lafaz ada pada tangan anda. Jangan suka-suka nak gurau tak bertempat ye!

DUA perkara penting yang sering diperingatkan Islam kepada manusia supaya menjaga dan memelihara dengan baik ialah penggunaan lidah dan tingkah laku.

Rasulullah s.a.w berpesan kepada semua orang iaitu sekiranya mereka beriman kepada Allah dan rasul-Nya maka hendaklah ia mengeluarkan tutur kata yang baik, dan sekiranya tidak ada sesuatu yang baik yang hendak diperkatakannya, maka hendaklah ia berdiam diri sahaja.