MENYERAMKAN. Demikian situasi dilalui wanita dan bayinya apabila suaminya dipercayai mengalami gangguan mistik.
Menerusi laman sosial TikTok, pemilik akaun Aretieqaahh itu memuat naik video memaparkan lelaki itu menjadi sasaran makhluk halus ketika dalam perjalanan ke rumah perawat.
"27 Jun 2024 pengalaman yang tak dapat dilupakan. Masa tu tak tahu nak menangis atau menjerit..
"Kami dalam perjalanan pergi berubat sebab suami asyik demam lepas Maghrib sudah tiga minggu. Si dia 'rasa' sesuatu yang tak kena pada badan.
"Dalam perjalanan memandu ke sana tiba-tiba sesuatu berlaku. Bayangkan dalam kereta hanya bertiga dengan suami dan baby," katanya.
Lebih mencemaskan, menurut Atikah, suaminya mula menunjukkan ciri-ciri 'dirasuk.' Demi keselamatan, beliau membawa bayinya keluar daripada kereta sebelum dibantu orang kampung di sekitar.
Cemas dan ketakutan, kalimah suci ALLAH tidak lekang daripada mulut untuk menenangkan diri.
"Kau toleh kanan dia sudah tersenyum-senyum memandang. Tak sampai lagi rumah perawat, dia berhentikan kereta.
"Alhamdulillah orang kampung ramai membantu kami. Saya dan baby keluar dari kereta tu kerana takut dia terkam baby. Menggigil satu badan. Hanya ALLAH sahaja tahu perasaan ketika itu," katanya.
Ditanya tentang tujuan membawa bayi bersama, Atikah berkongsi rupa-rupanya si kecil itu turut mengalami gangguan aneh sehingga sering menangis ketika tidur.
Katanya lagi, kejadian itu bukan pertama kali kerana beliau dan suami telah berdepan sihir sejak sebelum berkahwin lagi.
Warga maya mendoakan agar urusan pasangan itu dipermudahkan.
"Semoga cepat baik sis sekeluarga. Banyakkan berselawat."
"Semoga kuat mental fizikal dan lindungi suami dan keluarga. Saya gagal sebab ini. Hanya ALLAH yang tahu."
"Saya pengamal perubatan Islam. Kepada kawan-kawan yang mengalami masalah begini pertama, azan di kawasan itu atau pada telinganya. Cuba berkomunikasi dengan jin, minta ia keluar."
Sumber: Aretieqaahh