Kongsi makan sedap, beli barang atau bercuti tempat mewah, mesti ada komen 'untung lah'. Awas, anda mungkin berpenyakit narsisistik

Iklan

hati-hati dengan perbuatan iri hati dan dengki, boleh cenderung kepada penyakit narsisistik

ZAMAN media sosial kini, orang ramai lebih terdedah untuk berkongsi tentang rutin harian mereka. Apa aktiviti yang mereka lakukan, barangan apa yang dibeli, dan sebarang kisah peribadi dikongsikan di khalayak umum.

Namun, dalam keseronokan berkongsi dengan kenalan atau pengikut mereka, kadangkala muncul seorang dua dengan komen yang berbaur negatif kononnya berkecil hati dengan perkongsian individu tersebut kerana dirinya tidak mampu untuk berbuat demikian.

Iklan
Iklan

Perkara ini bukan sahaja membuat pemilik perkongsian tersebut serba salah, malah membuat orang lain menjadi muak dengan komen yang kononnya terpaling tersakiti itu.

Siapa yang ada perangai seperti ini, atau mengenali orang yang bersifat sentiasa tidak puas hati dengan orang lain perlu berhati-hati kerana perbuatan ini membawa kepada penyakit narsisistik. Itulah yang dikongsikan oleh saudara Muhammad Hassan di laman Facebooknya baru-baru ini berikutan satu tangkap layar seorang individu yang komen di sebuah video kononnya tak mampu membeli durian. Namun pemilik video berkenaan tidak tinggal diam dan membalas tentang rezeki setiap orang berbeza.

Iklan

Kat tiktok bersepah jenis orang begini, acah-acah dia terpaling berkecil hati hina dina bila tengok orang upload makan sedap-sedap,melancong sana sini. Di FB dah hampir pupus (mungkin sebab dah pernah ke tiktok).

Iklan

"Jika kalian ada perangai begini hati-hatilah,ada hint kepada penyakit narsisistik. Bahasa paling mudah, orang lain tak boleh, dia takpe. Nak lagi mudah geng ‘lebih baik beli’. Lebih baik masak sendiri dari beli dendeng khairul aming," tulisnya.

Doa dan usaha

Tambah beliau, boleh jadi orang memuat naik sesuatu itu mungkin dibayar untuk membuat iklan. Bagi yang kurang berkemampuan, cubalah usaha untuk mendapatkan yang diinginkan. Bukan berkecil hati dengan orang lain.

"Jika sentiasa nak berkecil hati dengan apa yang orang lain update di media sosial,dok diam diam dalam rumah pakai bedak sejuk tebal-tebal,cabut bulu ketiak suami. Layan suami,layan anak-anak dapat pahala kak.

Portrait of young Asia lady with negative expression, excited screaming, crying emotional angry in casual clothing isolated on yellow background with blank copy space. Facial expression concept.

"Orang yang upload makan sedap-sedap tu, ada yang buat paid review. Ada juga yang buat review percuma untuk naikkan followers. Bila content menarik, followers ramai maka disinilah punca rezeki mereka.

"Kita yang tak mampu beli ni doa dan usaha. Usaha paling mudah sekali kau pergi kedai durian tu cakap nak kerja sehari je,upah durian kampung 2 biji. Jika ini pun malas, ambik kulit durian tu hempok kepala sendiri," tambahnya.

Jadi, yang mana ada perangai suka komen 'untung la' tu, bawa la ubah perangai tu ye. Mungkin dalam kita iri hati dengan orang, perkara sebaliknya boleh berlaku pada anda. Fikir-fikirkanlah ya!