Beri kunci tapi enggan masuk rumah, bapa dedah perangai anak tidur luar flat. 'Saya cakap tak mahu dengar..'

Iklan

INSIDEN melibatkan remaja berusia 13 tahun tidur di kaki lima rumah flat di Pasir Gudang, Johor terus menjadi perhatian ramai.

Dalam perkembangan terbaru, bapanya mendedahkan sudah memberi anak bongsu daripada dua beradik itu kunci rumah namun remaja itu enggan memasuki kediaman mereka.

Iklan
Iklan

Roslan Abas, 56, yang bekerja sebagai pengutip barangan lusuh itu didakwa mengabaikan anak dengan membiarkannya tidur di luar rumah antara pukul 10 malam, 7 Julai hingga 8 pagi, 9 Julai lalu.

Iklan

Pendakwaan dibuat mengikut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum bawah Seksyen 31(1) akta yang sama.

Ketika dibenarkan mahkamah untuk memberi penjelasan selepas fakta kes dibacakan, Roslan yang tidak diwakili peguam berkata, apa yang berlaku adalah benar, namun anak lelakinya itu seorang yang tidak mendengar kata.

Iklan

Bagaimanapun, menurut Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim berkata pengakuan bersalah perlulah dibuat tanpa syarat dan tertuduh perlu mengakui fakta kes.

Pendakwaan dibuat mengikut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum bawah Seksyen 31(1) akta yang sama.

Hakim menetapkan jaminan RM3,000 serta syarat tambahan tidak mengganggu saksi.

Mahkamah menetapkan 29 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula dan lantikan peguam.

Terdahulu, foto memaparkan remaja itu tular menerusi grup komuniti setempat di Facebook.

Jiran memaklumkan telah memberi makanan kepada pelajar Tingkatan Satu itu. Tidak hanya itu, ada yang mendakwa perkara berkenaan telah berlanjutan selama setahun dan ada masanya terpaksa membuang air besar di tangga sebab tidak boleh memasuki rumah.

Sumber: Malaysia Gazzette, Sinar Harian