Pantang masuk kedai kosmetik, mesti nak cuba tester gincu bibir. Awas! Boleh berjangkit virus herpes

Iklan

Bahaya sembarangan berkongsi peralatan makanan dan minuman serta memakai lipstik tester ke bibir.

Ada satu kedai ni bila para wanita dah masuk, mesti lama nak jumpa pintu keluar. Mana lagi kalau bukan kedai kosmetik atau drug store! Walaupun tiada niat nak membeli, tetapi ada sahaja nak dibeleknya.

Belum lagi bila berada di kawasan yang ada tester, semua nak dicubanya. Kalau kena dengan diri, baru beli! Terutamanya di bahagian lipstik.

Iklan
Iklan

Ada sesetengah orang, cukup sekadar calit di tangan untuk melihat warna sebenar penyeri bibir itu. Namun, ada sesetengah individu pula lebih puas hati bila dipakai terus ke bibir mereka.

Sebenarnya tabiat itu tidak digalakkan kerana ia boleh menyebabkan jangkitan herpes! Jika dilihat di portal WHO, herpes atau Herpes Simplex Virus (HSV) adalah jangkitan yang boleh menyebabkan kesakitan seperti ulser. Jangkitan ini merebak melalui sentuhan kulit ke kulit.

Iklan

Bagi menjelaskan tentang jangkitan herpes yang berlaku biarpun seseorang wanita tu belum berkahwin, Dr Rusydina telah membuat satu perkongsian di media sosialnya berkaitan topik ini.

Iklan

Kata Dr Rusydina, biarpun HSV-1 berjangkit di bahagian mulut, ia dikelaskan sebagai STD (Sexually Transmitted Infection) atau jangkitan seksual kerana ia juga boleh terkena pada alat kelamin.

"Walaupun Herpes Virus Type One tu banyak dekat mulut, ia juga boleh menjangkiti genital area dan daripada genital boleh juga menjangkiti mulut.

"Anda fikirlah sendiri macam mana daripada atas boleh turun bawah, manakala yang bawah boleh naik ke atas," kata beliau.

Tambah Dr Rusydina, ciri-ciri sekiranya seseorang dijangkiti herpes boleh dilihat ada tanda seperti ulser di sekeliling bibir. Bukan sekadar boleh merebak melalui hubungan seks, ia boleh berjangkit jika seseorang yang mempunyai penyakit itu makan atau minum dan kemudian ada orang lain menggunakan sudu dan straw yang sama, maka virusnya boleh merebak.

"Yes, memang betul you boleh kena herpes walaupun tak pernah buat hubungan kelamin. Masalahnya herpes ni adalah jangkitan yang once you dah kena virus tu akan stay dalam badan walaupun ulser tu dah baik," tambahnya.

Dr Rusydina juga berkongsi tentang simptom herpes untuk pertama kali terkena jangkitan iaitu seseorang mungkin mengalami demam, sakit kepala, ulser di bibir atau dalam mulut.

Tambah beliau, jika sistem imunisasi seseorang itu lemah dan dia mengalami demam atau sakit kepala virus herpes ini boleh menyebabkan berlaku ulser pada bibir atau dalam mulut. Rawatan untuk ‘Oral Herpes’ adalah ubat antivirus atau krim antiviral untuk sembuhkan ulser tetapi ia bukan untuk menghilangkan terus virus itu dalam badan.

Jadi, ada berani ke nak letak gincu tester kat bibir lagi? Min sendiri pun jadi seram bila dengar penjelasan Dr! Marilah sama-sama kita ubah ya..